Wednesday, February 21, 2018

Mengapa Sarapan Pagi Itu Penting



Dah sarapan ke? Sarapan apa tue?. Jika belum lagi bersarapan. Marilah kita sarapan bersama-sama. 

Jika ditanya sarapan apakah yang paling saya minati. Pastinya nasi lemak yang dibungkus bersama daun pisang dan ada pula ikan masin. Sambal nasi lemaknya pula, tidak terlalu pedas dan ada sedikit rasa manis..

Wah, sangat membuka selera rasanya. Tapi tidaklah setiap hari  saya mengambil nasi lemak, risau juga kesan dan akibatnya.

 Kawan-kawan pula bagaimana. Apakah pilihan menu sarapan pilihan kalian pula?

Apapun sarapan pilihan kita, tetapi disebabkan kesuntukan masa di pagi hari. Tatkala masa sangat mencemburui. Sehinggakan tidak sempat nak bersarapan pagi. 

Tengok-tengok saja jam, alamak dah pukul 11.00 pagi. Terus saja terfikir, makan saja sewaktu tengahari nanti. 

Sehinggakan terjadinya Bruch. Iaitu kombinasi Breakfast dan Lunch.

Demi kesibukan juga, membuatkan kita lupa tentang kepentingan sarapan pagi.

Kita abaikan pengambilan sarapan pagi yang mempunyai manafaat tersendiri. Di antara manafaat yang boleh kita perolehi dengan bersarapan pagi.

Meningkatkan kadar Metabolisma

Sebaik saja kita bangun daripada tidur paras gula di dalam badan dan kadar metabolisma adalah sangat rendah. Sekiranya tidak mengambil sarapan pada waktu pagi, tubuh tidak dapat meransang kadar metabolisma dan mengalakkan peningkatan gula di dalam darah

 Apabila metabolisma di dalam keadaan tinggi ia akan mempercepatkan pembakaran lemak.

Sekailgus, dapat membendung berat badan yang berlebihan. 

Terdapat kajian mengatakan, 50% individu yang tidak mengambil sarapan pada waktu pagi berpotensi mengalami berat badan yang berlebihan.

Nak diet, Tak mahu obesity.. Jika boleh tak mahulah skip sarapan pagi ye..Kita cuba juga bersarapan pagi walaupun hanya dengan menu yang ringkas.

Hilang semangat, daya tumpuan dan fokus

Seterusnya, kesan daripada tidak mengambil sarapan pada waktu pagi adalah badan tidak mempunyai tenaga dan boleh menyebabkan semangat untuk melakukan kerja atau pelajaran boleh terjejas dan terganggu.

Pengambilan sarapan pagi meningkatkan tahap fokus, memori serta kebolehan mental yang lain.

Tidaklah sewaktu sedang bekerja perut dendang keroncong akibat kelaparan tidak mengambil sarapan pada waktu pagi.

Pengambilan kalori yang banyak atau makanan yang banyak sewaktu makan tengahari

Apabila sudah tidak bersarapan pagi. Pastinya perut akan kelaparan sehingga ke tengahari. Ini menyebabkan kita mengambil makanan yang banyak sewaktu makan tengahari. Sehinggakan tidak menghiraukan jumlah kalori yang diambil pada ketika itu.

Ketika perut merasa sangat-sangat lapar membuatkan kita lebih cenderung makanan dengan lebih banyak.

Kajian oleh Barbara Rolls dari University Pennslyvania, Amerika Syarikat mendapati bahawa mereka yang makan tiga mangkuk salad rendah kalori (107 kalori) sebelum makan tengahari hanya akan menambah 12% lagi pada hidangan tengahari berbanding dengan mereka yang tidak bersarapan dan terus mengambil makanan tengahari.

Kesimpulannya, sarapan pagi amat penting buat kesihatan dan diet seharian. Sekaligus, membuatkan badan kekal cergas dan bertenaga. 

Walaupun ringkas sarapan yang diambil, pastikan ianya lengkap dengan nutrisi yang berkhasiat buat tubuh.

Tercari-cari sarapan ringkas yang kaya dengan khasiat dan nutrisi buat keluarga tersayang. Anda boleh mencuba bancuhan air gabungan daripada Protein Soya ESP, Performance Drink dan Meal Shake.



Bancuhan gabungan  supplement ini mampu membekalkan tenaga sepanjang hari, mengenyangkan. Malah, lengkap dengan nutrisi dan khasiat untuk keperluan tubuh.Lebih-lebih lagi ia amat sesuai untuk semua peringkat umur dan sessi keluarga.

Rasanya amat sedap dan menyelerakan. Rasa oren dicampur lemak-lemak manis dan sedikit rasa vanilla. sememangnya membuka selera.

Walau sesibuk mana pun anda pada hari ini, pasti sempat bersarapan dengan bancuhan ESP + Mealshake dan Performance Drink. Ini adalah kerana penyediaannya amat mudah. Cuma bancuh 3 sekawan supplement diatas dengan air suam. Dan dikacau. Kemudiannya diminum..

Nyummy, sangat sedap rasanya...Perut pun terisi dengan minuman berkhasiat.





Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews