Thursday, February 22, 2018

Tips Mengatasi Morning Sickness



Morning sickness dan kehamilan memang tidak dapat dipisahkan. Kebiasaannya ianya terjadi diperingkat awal kehamilan. Kebiasaanya terjadi pada waktu pagi. Namun, ada ketikanya morning sickness ini terjadi di dalam keadaan yang tidak menentu masanya.

Setiap kali mengandung, pasti berbeza pengalamannya. Maka, morning sickness juga bergantung kepada pembawakan bayi dan kesihatan ibu yang mengandung pada ketika itu. 

Bagi bakal ibu yang mengandung buat pertama kali, usah khuatir jika  mengalami morning sickness. Ini adalah merupakan satu pengalaman manis semasa mengandung anak pertama. Yang mungkin akan anda ingati dihari -hari seterusnya.

Kebiasaanya, morning sickness ini akan hilang pada akhir trimester pertama.

Bagi membantu ibu-ibu yang menghadapi morning sickness. Di sini saya sertakan sedikit tips mengatasi morning sickness. 

TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #1

 Memang tidak dinafikan sewaktu mengandung kerap merasa lapar. Namun ibu perlu bijak mengawal dan memilih makanan supaya tidak terasa mual di tekak dan memuntahkan semua makanan yang diambil. 

Dengan itu, ibu yang mengandung perlulah mengambil makanan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap pengambilannya.


TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #2

Pilihlah makanan yang tinggi karbohidrat dan protein supaya dapat mengatasi rasa mual yang terjadi.


TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #3

Sewaktu bangun dari tidur, jangan terburu-buru. Duduk dahulu dan kemudian bangun perlahan-lahan. Jika anda berasa sangat mual ketika bangun dari tidur pagi. Siapkan snek atau biskut di tempat tidur supaya dapat memakan snek tersebut sebelum berdiri.


TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #4

Hindari makanan yang berlemak, berminyak, pedas yang akan menambahkan lagi rasa mual


TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #5

Minum air secukupnya. Jika muntah semakin menjadi-jadi minumlah air putih ataupun jus. Hindari minuman yang berkafein dan berkarbonat


TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #6

 Jika terasa mual untuk meminum susu, cuba cari susu yang berperisa coklat atau strawberi yang boleh membuka selera


TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS #7

 Luangkan sedikit masa untuk bersantai dan berehat seperti mendengarkan muzik, membaca buku yang berkaitan dengan bayi dan majalah.

 Elakkan stress kerana ianya tidak membantu untuk menghilangkan rasa mual.

Sekiranya morning sickness menyebabkan anda tidak dapat minum atau makan secara berterusan sebaiknya pergi mendapatkan nasihat doktor. 

Itulah dia serba sedikit tips tentang mengatasi morning sickness yang boleh dikongsikan bersama. Agar ia bermanafaat buat anda. Moga-moga dipermudahkan segala urusan disepanjang tempoh kehamilan dan diberikan kesihatan yang baik buat anda dan bayi.

Sehingga berjumpa lagi dientry akan datang...
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews