Wednesday, March 21, 2018

11 Cara Untuk Mengatasi Stress Dengan Mudah



Stressnya... Jalan jem. Pagi-pagi lagi dah stress disebabkan kesesakan jalanraya
Stressnya... Kena marah dekat boss. Bos pula jenis yang garang. Pantang silap sikit. Habis di hamburnya kata-kata kesat
Stressnya... Bertimbun-timbun kain yang hendak dilipat
Stressnya... Perut lapar. Pagi tadi tak sempat nak sarapan kerana terbangun lewat.

Diatas adalah diantara sebab mengapa kadang-kadang terjadinya stress pada diri kita. Contoh-contoh stress yang biasa kedengaran ditelinga. Sana sini terdengar rungutan mengenai stress.

Jarang sekali kita dengar rungutan ataupun keluhan individu yang tidak  pernah mempunyai stress.

Pernah ke, kita dengar ada yang mengatakan.. "Mmm..saya tidak pernah stress dan lansung tidak mengetahui apa itu stress.

Wah,,wah, jika ada wujud keadaan sebegini. Alangkah damai dan tenangnya jiwa dan perasaankan...

Ok, tak mahu stress lama-lama tau. Jika ada yang stress tue bolehlah ambil pendekatan yang berhemah untuk mengatasi stress. Bertindak dengan bijak pastinya dapat mengatasi stress. Seterusnya dapat melalui hari-hari dengan tenang dan fikiran positif.

Nak atasi stress dengan mudah....

Walau apapun keadaan yang berlaku Ukirlah senyuman. Bukannya minta dibayar pun. Hanya dengan senyuman. Nak lagi effective, pergi ke hadapan cermin. Dan senyum pada diri sendiri. Katakan pada diri. Dengan senyuman ini, aku mampu menghilangkan segala stress ataupun tekanan yang dihadapi.

Selepas itu, cuba berikan kata-kata positif pada diri.

 Contohnya, Aku pasti berjaya melakukan kerja tersebut.. Aku tidak boleh berputus asa, kerana kejayaan di dalam gengaman aku, sebenarnya..

Cuba sematkan kata-kata positif didalam diri pastinya dapat menghilangkan rasa stress tersebut.



Kata-kata yang positif akan membentuk pemikiran yang positif dan seterusnya memberi semangat untuk meneruskan hari-hari yang dilalui

Seterusnya, tarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian, hembus. Tarik nafas semula, kemudian hembus. Buat secara berulang sehinggakan rasa selesa kepada diri

Jika stress dengan keadaan sekeliling, dengan kesesakan lalu lintas yang menyebabkan lewat sampai ke tempat  kerja. Apakata amalkan sikap mengurus masa dengan bijak. Merancang sesautu dengan lebih awal.

Bijak merancang masa. Membuatkan kita tidak tergesa-gesa dan tergopoh- gapah di dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Tidur yang tidak mencukupi juga boleh menyumbang kepada stress. Tetapkan waktu tidur sesuai dan berdisplin terhadap waktu tidur yang telah ditetapkan. Dapatkan tidur yang berkualiti agar kesihatan menjadi stabil.

Setelah penat bekerja, berehatlah seketika bagi mengurangkan stress. Ambillah "Take 5"  ataupun berehat sebentar. Sambil-sambil berehat, bolehlah menikmati secawan minuman coklat ataupun kopi dan bersembang-sembang dengan rakan.

Dengan ini, idea pun boleh muncul dengan berehat dan bersembang-sembang sebentar. Sekaligus dan menghilangkan rasa stress dan tekanan yang mucul.  Kurang sedikit tekanan yang ditanggung.

Masih lagi stress, rasanya stress tersebut seperti tidak mahu pergi.....

Apakata singgah sekejap di Spa yang berhampiran dengan kawasan rumah atau pejabat anda. Dapatkan rawatan facial muka ataupun urutan badan. Dengan aromaterapi yang terdapat di Spa tersebut. dengan urutan yang menghilangkan rasa sengal-sengal dan lenguh-lenguh badan.

Pastinya, sedikit sebanyak dapat menhilangkan rasa stress yang ada pada diri.

 Tetapi diingatkan, Jangan dan jangan sesekali pergi Spa atau rumah urut  yang menyediakan perkhidmatan terlarang ye. Malang tidak berbau, kena cekup kat pihak berkuasa. Bertambah stress jadinya nanti.

Terasa sangat stress apabila berada dipejabat, apakata selepas waktu pejabat ini. Singgah sebentar di taman bunga atau taman awam yang berhampiran. Kemudian bersenam atau berjoginglah disitu. Lakukan gerakan senaman juga mampu menghilangkan stress.

Sekaligus, membuatkan badan berpeluh. Jika sering diamalkan, badan menjadi sihat dan stress pun berkurangan sedikit demi sedikit.

Pilih makanan yang sihat bagi mengatasi stress. Juga merupakan langkah yang bijak. Mungkin dengan pemgambilan makanan yang tidak berkhasiat menyebabkan kita mudah stress dan letih. Jadinya, sekiranya kerap stress perlukan melengkapkan nutrisi makanan seharian.

Jika tidak mengambil makanan yang seimbang, maka bolehlah melengkapkan nutrisi dengan pemakanan tambahan seperti vitamin-vitamin yang terdapat didalam rangakaian vitamin Shaklee.

Misalnya, pengambilan Vitamin Multivitamin Vitalea dan B-complex. Mampu membekalkan tenaga dengan menukarkan gula di dalam darah kepada tenaga di dalam tubuh dan mengurangkan masalah stress atau tekanan yang dihadapi.



Masih lagi stress, sehinggakan rasa tidak tertahan lagi. Ambillah wudhuk, kemudian bentangkan sejadah dan lakukan solat hajat. Kemudian, luahkan rasa atau pinta apa saja kepada Allah swt. Allah itukan Maha Mendengar dan Maha Mengetahui Segalanya.

Jadinya, mintalah  dan mengadulah kepada Allah swt. Pastinya dapat melegakan tekanan yang dialami.

Selepas solat itu, bawa-bawalah mengaji Al-quran. Mengaji Al-quran juga boleh membuatkan jiwa tenang. Bacalah doa-doa yang terdapat di dalam  Al-quran yang boleh membuatkan jiwa tenang. Dengan kembali kepada Allah swt dan Al-quran pastinya walau apapun tekanan yang dihadapi pastinya jiwa akan tenang..

Bersama-sama kita hindari stress dengan cara yang terbaik. Penyelesaian terhadap stress mampu menjadikan seseorang itu lebih bijak mengawal perasaan dan emosi di dalam menjalani aktiviti seharian.

Jauhi diri daripada stress kerana ia mampu membahayakan kesihatan.



Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews