Friday, March 30, 2018

Cara Mudah Untuk Mendapatkan Berat Badan Idaman


Kurus bukan sekadar kurus. Tetapi biarlah kurus yang sihat. Tidaklah mahu kurus sangat. Tetapi sekiranya dapat berat badan yang menjadi idaman itupun sudah memadai.

Sekiranya berbadan gempal, selera makan pun tinggi. Bukanlah perkara mudah untuk mendapatkan berat badan idaman.

Namun, jika pandai menyeimbangkan kuantiti makanan yang diambil dengan senaman yang akan dilakukan. Pasti tiada alasan lagi untuk mendapatkan berat badan ideal yang menjadi idaman ramai.

Saya pun teringin juga mendapatkan berat badan yang ideal. Tetapi kedang-kadang berat badan nie tak mahu bagi kerjasama. Adakala turunnya sedikit, tetapi bertambahnya banyak. Ada juga tidak bertambah dan tidak juga berkurang. Maintain dengan angka itu selama berminggu-minggu.

Untuk mudah mendapatkan berat badan ideal, mungkin boleh bersama-sama kita lakukan cara ini.

1. Makan ketika lapar dan berhenti apabila kenyang

2. Sekiranya tidak berasa lapar tetapi makan cuma sekadarnya untuk mengunyah, pastikan anda menikmati setiap kunyahan agar cepat rasa kenyang

3. Jangan sesekali menghukum diri untuk menjadi lansing. Tetapi yakinlah bahawa anda mampu untuk mendapatkan berat badan yang ideal

4. Jika keadaan emosi tidak stabil seperti marah, risau, sedih dan bimbang. Jangan sesekali MAKAN, MAKAN dan MAKAN. Sekiranya anda makan ketika ini berpotensi untuk mengambil lebih dari biasa dan terjadinya Obesiti.



5. Berusaha mendapatkan berat badan idaman. dengan meletakkan jadual untuk bersenam, kelas zumba atau aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh

6. Audit pemakanan anda seharian. Tuliskan dalam satu kertas pemakanan dan kuantiti yang telah diambil sepanjang hari dan baca apa yang anda tuliskan. Simpan rekod pemakanan anda dan kaji pemakanan apakah yang perlu dikurangkan.

7. Cepat-cepat sedarkan diri untuk berhenti makan apabila anda sudah berasa kenyang.

8. Teruskan berusaha untuk menurunkan berat badan dengan mengambil pemakanan yang sihat dan betul. Ambillah makanan yang berkhasiat dan mudah menyenyangkan dan tidak mengandungi kalori atau lemak yang tinggi

9. Jangan sesekali menyerah kalah untuk mendapatkan berat badan idaman. Teruskan usaha, usaha dan usaha, Kawal pemakanan, kurangkan manis dalam minuman, kurangkan pengambilan makanan yang berlemak.

10. Tambahkan makanan yang berkhasiat. Amalkan supplement pemecah lemak yang selamat dimakan bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak dan exercise bagi mengeluarkan peluh dan membakar kalori..

Agar berat badan idaman menjadi milik kita suatu hari nanti.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews