Sunday, March 04, 2018

Kisah Kentang & Garam




Ada sepasang suami isteri yang kaya raya yang pergi ke restoren mewah untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka . Kerana satu urusan yang tidak dapat dielakkan , mereka datang agak lewat ke sebuah restoren terkemuka.

Keadaan sudah sepi dan mereka satu-satunya tetamu yang ada disitu.
Seorang pelayan menghampiri mereka dan berkata."Maaf, tuan, sebenarnya restoren ini sudah hendak tutup.

"Tetapi kami baru saja datang", kata suami sambil mengajak isteri di satu tempat.
"Semua makanan sudah habis kecuali"........pelayan tadi cuba menjelaskan keadaan.
"Tidak ada masalah" Jawab suami sambil melihat buku menu. Apakah kami boleh memesan ini?. Tanya suami sambil menunjukkan ke arah salah satu menu.

Pelayan tadi menggelengkan kepala. "Maaf, tuan. Sudah habis.
Bagaimana pula dengan yang ini.Tanya suami sambil menunjukkan menu yang lain. Isterinya hanya berdiam diri dan memerhatikan gelagat suaminya.
Pelayan itu kembali mengelengkan kepala. "Sebenarnya tuan......
Hmm, tak mengapa.. Bagaimana dengan yang ini. kata suami sambil menunjukkan menu yang lain.
Pelayan itu berasa tidak selesa dan mengelengkan kepala.

Dan pelayan itu mejawab,,Sebenarnya hanya tinggal satu menu saja, tuan. Iaitu kentang rebus yang dibubuhi garam.
"Apa", suami terkejut. Restoren semewah dan terkemuka dan hanya itu saja yang tinggal"?
Suami sudah hampir berdiri dan mengajak isterinya pergi ke restoren lain. Tetapi ditahan oleh isterinya dan memberi isyarat bahawa ingin memesan menu tersebut.
Maka dengan penuh perasaan tidak senang, suami menurutinya dan memesan kentang rebus bergaram.
Ketika hidangan terhidang diatas meja, si suami benar-benar kehilangan seleranya dan berasa sangat bersalah.

Mereka ingin menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke lima puluh tanpa pesta dan sambutan yang meriah. Dengan hanya kesederhanaan. Tetapi kesederhanaan ini adalah keterlaluan.
Perasaan sedih menghantui suami tadi. Dipegangnya tangan isterinya dengan lembut.
"Maafkan abang, Ini benar-benar diluar jangkaan. Bagaimana sekiranya kita mencari restoren lain saja." pinta suami.
Isterinya menggeleng dan menatap suaminya sambil tersenyum.

"Sayang, inilah hidangan yang terbaik untuk ulang tahun pernikahan kita yang ke lima puluh tahun", ujar isterinya. Lima puluh tahun yang lalu kita memulai rumah tangga dengan dalan keadaan susah dan penuh kesederhanaan.
Pendapatan kita benar-benar seadanya. Lalu kita menabung dan berjimat cermat.Ketika itu, kita hanya makan kentang rebus yang dibubuhi garam untuk berjimat.
Setelah beberapa tahun, keadaan sudah mula berubah, Allah memberi rezeki dengan lebih banyak sehingga kita boleh menjadi berjaya dan kaya raya.

Kini, kita sudah kaya dan selama puluhan terakhir juga. Kita tidak pernah lagi melihat atau menyentuh kentang rebus yang dibubuhi garam.
Sehinggalah pelayan itu menghidangkannya dihadapan kita.
Suami tersentak dan menatap hidangan didepannya dengan penuh rasa takjub.

"Benar katamu wahai isteriku. Ini adalah hidangan terbaik kita. Bahkan ini adalah simbol kejayaan diatas kerja keras kita."Ujar suami yang mula menitiskan air mata.
Langkah kaki kita diarahkan ke tempat ini agar memperolehi hidangan yang luar biasa ini. Supaya kita tidak lupa dengan kesusahan yang pernah kita lalui satu ketika dulu.

Suami isteri tadi saling bertatapan dengan penuh rasa terharu.Kentang rebus bergaram yang dihidangkan pada malam itu, benar-benar menjadi hidangan yang paling lazat dan kenangan paling manis dalam hidup mereka.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews