Saturday, March 24, 2018

Seharian Di Kidzania Damansara, Kuala Lumpur


Dah lama tajuk entry nie terpendam.Akhirnya, hari ini ada kekuatan juga untuk menaipnya. Nak bercerita tentang seharian di Kidzania, Damansara Kuala Lumpur.

Hajat dihati memang bercita-cita nak bawa anak-anak ke sana. Sedikit sebanyak hasil jualan Shaklee, saya simpankan di  dalam satu tabung khas untuk lawatan ke Kidzania. Nak bagi anak-anak terhibur dan gembira.

Namun,rezeki muncul lebih awal. Dimana tempat suami saya bekerja menawarkan tiket percuma ke Kidzania.

Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang. Kecik tapak tangan, Stadium Bukit Jalil, saya tadahkan.

Terus saja saya bersetuju untuk ke Kidzania. Bukan untuk keseronokkan sendiri tetapi lebih-lebih lagi untuk kegembiraan anak-anak.

Nampaknya, duit didalam tabung percutian mama ini, terpaksa dipindahkan ke percutian seterusnya.

Apabila tiba harinya, kami sekeluarga bersama mak mertua saya, adik ipar (ani)  dan biras (pejal) dan dua orang anak mereka iaitu Zahira dan Hafiy berangkat ke Kidzania.

Bergambar terlebih dahulu sebelum masuk ke KIdzania
Apa yang ada di Kidzania? Itulah persoalan yang timbul. 

Sebaik saja sampai, membuatkan perasaan penuh teruja.

Senyum..Kita wefie dulu.. Sedang berjalan ke arah pintu masuk Kidzania. 
Kidzania ini merupakan taman kanak-kanak yang bertemakan alam pekerjaan. Setiap kanak-kanak diminta melaksanakan sesuatu tugas diiringi dengan petugas kidzania yang terlatih. 

Dengan pekerja Kidzania yang ramah mesra, mesra bersama kanak-kanak membuatkan kanak-kanak terasa seperti berada di alam pekerjaan yang sebenar. 

Setelah selesai melaksanakan tugasan tersebut, anak-anak akan dibayar gaji dengan matawang Kiddoz.

Kiddoz ini perlu dikumpul untuk menebus cenderahati di Kedai Khas yang mengunakan matawang Kiddoz.

Ataupun wang Kiddoz ini boleh di bawa balik atau disimpan di dalam Bank Kidzania. Wah, hebat tau, mereka mempunyai bank dan juga cheque sendiri.

Seperti kami, kami memilih untuk membawa pulang duit berkenaan dan kami liminate supaya anak-anak dapat pula bermain dirumah.

Sufiya sedanng beraksi sebagai model. Konon-kononnya sedang memperagakan pakaian
Sufiya bersama rakan-rakan model yang lain turut memperagakan pakaian
Muhaimin ala-ala kontraktor yang sedang memegang berus cat
Moga-moga tercapai cita-citamu, nak..Menjadi seorang doktor satu hari nanti..amin

Seronok melihat keletah dan gaya anak-anak menjalankan tugasan. Dan masa yang paling menyeronokkan apabila anak-anak menerima gaji.

Bayangkan, macamana seronoknya kita apabila menerima gaji pertama. Haa...macamtulah perasaan anak-anak ini menerima gaji dengan matawang Kiddoz.

Pada pandangan saya, bagus adanya tempat permainan seperti Kidzania ini kerana memberi pendedahan kepada anak-anak terhadap dunia kerjaya.

Tambahan pula, dapat menarik minat mereka tentang kerjaya yang mereka cita-citakan selama ini.

Semuanya disini seakan dunia kerjaya sebenar. Ada kereta ambulance, ada bomba bersama kereta bomba, ada juruterbang bersama latihan penerbangan. Ada juga hospital, pusat penjagaan baby.

Anak-anak juga diajar dan diterangkan bagaimana pemprosesan vitamin. Sangat-sangat menarik.

Sehinggakan ada juga bekerja sebagai krew restoren MCD dan dilatih menghasilkan sebiji burger.

Sufiya sedang menghasilkan sebiji burger. Dapat jugalah merasa burger yang dibuat oleh Sufiya

Berbagai-bagai kerjaya di Kidzania yang boleh dicuba oleh anak-anak. Lagi rajin anak-anak ini bekerja, lebih banyak Kiddoz yang di perolehi.

Tersenyum sendiri melihat keletah anak-anak ini. Tak dapat bayangkan, bagaimana sekiranya anak-anak ini menempuh alam kerjaya satu hari nanti. Dari pukul 11.00 pagi sehinggalah pukul 5.00 petang kami berada di Kidzania.

Tidak terasa masa berlalu. Di dalam masa yang sama, masih ada kerjaya yang tertinggal untuk dirasai dan dialami oleh anak-anak mama ini.

Sehingga ke hari ini anak-anak masih lagi bercerita tentang keseronokan ketika berada di Kidzania.

Moga-moga ada rezeki di satu hari nanti untuk sampai lagi di Kidzania ini. Kita bagi 6 Bintang ****** pada Kidzania, Damansara, Kuala Lumpur.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews