Sunday, March 25, 2018

Tips Menghadapi Cuaca Panas



Kebelakangan ini cuaca sememangnya panas. Sehinggakan buka kipas pun masih tidak terasa sejuk. Bahang panasnya membuatkan kita terpaksa membuka air-cond. Untuk mendapatkan rasa sedikit dingin dan selesa.

Bayangkanlah jika sudah seminggu tidak hujan. Cuaca panas berdenting. Orang moden sebut..Panas lit lit lit.

Jika keluar pada waktu tengahari, kadang-kadang terasa seakan sakit kepala yang mencucuk-cucuk akibat daripada panas yang terlampau.

Malah,  cuaca panas ini banyak memberi kesan yang buruk kepada kita. Dehidrasi, diserang migrain, kulit mengelupas akibat kekeringan dan juga sakit tekak kerana kurangnya meminum air.

Sekaligus, memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

Jika ia dibiarkan boleh juga mengundang maut akibat daripada strok haba.



Mereka yang berisiko menjadi mangsa cuaca panas atau strok haba ini adalah:

1) Mereka yang banyak terdedah di bawah pancaran matahari dan banyak melakukan aktiviti luar ketika panas terik mentari

2) Mereka yang berumur 40 tahun keatas yang mempunyai risiko 10kali ganda daripada golongan muda

3) Kanak-kanak yang berumur 5 tahun kebawah

4) Penghidap penyakit penafasan

5) Penghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid

6) Mereka yang memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba untuk keluar dan pennyejatan peluh

Bagi menghadapi cuaca panas yang terjadi ini. Sekaligus menghalang daripada terjadinya strok haba kepada kita dan keluarga.

Bersama-sama kita amalkan tips ini.

** Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira aktiviti fizikal yang kita lakukan. Tidak perlu menunggu sehingga dahaga

** Minum air Isotonik kerana ia boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

Tercari-cari air isotonik yang sihat, tanpa pewarna dan perasa tiruan. Ianya selamat diminum tanpa was-was. Tanpa kandungan gula yang tinggi.

Di sarankan buat anda, minumlah Performance Drink daripada Shaklee. Ianya membekalkan tenaga, mencegah dehidrasi dan menghilangkan dahaga.



** Kurangkan aktiviti diluar yang melibatkan diri dibawah pancaran matahari

** Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan badan

** Pilih pakaian yang ringan dan warna yang terang dan longgar. Pilih pakaian daripada fabrik yang mudah menyerap peluh.

** Apabila keluar di panas terik mentari, gunakan topi atau payung bagi menghalang panas

** Sekiranya anda terdedah terlalu lama dibawah terik matahari, oakailah cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan dari sinar UVA/UVB. Selain daripada melindungi mata, ia juga dapat mengelakkan daripada terjadinya garis halus terjadi di sekitar mata akibat terdedah dengan cuaca panas.

** Apabila keluar, gunakan sunblock untuk memberi perlindungan kepada kulit.

** Sekiranya kereta diletakkan dibawah panas matahari. Bukakan sedikit tingkap kenderaan anda, bagi mengeluarkan haba panas yang terperangkap di dalam kenderaan.

Agar sedikit sebanyak tips diatas dapat membantu kita menghadapi cuaca panas yang terjadi ketika ini. Ini adalah permasalahan dunia yang bersama-sama kita hadapi.

Langkah pencegahan diambil bagi mengelakkan situasi buruk terjadi pada diri kita dan keluarga. Moga-moga di dalam menghadapi cuaca panas ini memupuk kesedaran buat kita.

Lantas, bermuhasabah  yang mana cuaca panas ini, mungkin peringatan Allah SWT kepada kita, yang banyak melakukan kerosakan diatas muka bumi.
Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews