Wednesday, April 04, 2018

Antara Sabar & Mengeluh




Pada zaman dahulu terdapat seorang lelaki bernama Abu Hassan. Semasa menunaikan tawaf di Baitul Haram, tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah seccantik dan secerah wanita itu. Tidak lain, wanita itu pasti tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abu Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu wahai saudaraku?

Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertaya,"Bagaimanakah hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih daging korban, aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu lagi masih lagi menyusu.

Ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata kepada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu". Lalu disuruh adiknya baring dan disembelih leher adiknya itu.

Kemudian, dia merasa takut setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang dimana disana dia telah dimakan oleh serigala.

Suamiku pula sehingga mati kehausan mencari anakku dan ketika itu, aku meletakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk berisi air panas.




Ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya sehingga melecur kulit badan. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal didaerah lain, maka dia jatuh pengsan sehingga sampai menuju ajalnya.

dan kini aku tinggal sebatang kara diantara mereka semua.

Lalu Abu Hassan bertanya. "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun dapat membezakan antara sabar dan mengeluh melainkan dia menemukan diantara keduanya jalan yang berbeza.

Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka"

Kerana itu Rasulullah SAW bersabda didalam firman Allah SWT dalam sebuah hadis Qudsi,: Tidak ada balasan bagi hambaKu yang Mukmin, jika aku ambil kekasihnya dari ahli Syurga kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga perbuatan mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. 

Kerana itu Rasullullah SAW bersabda. "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang"

Dan sabda Rasullullah pula, "mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahilliyyah dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum bertaubat, maka Allah akan memotongnya  bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews