Tuesday, April 03, 2018

Petua Miliki Wajah Berseri & Tidak Berminyak



Kulit muka nampak berkilat.. Bukan berseri tetapi kulit muka berminyak. 

Salah satu masalah kulit juga. Kadangkala membuatkan rasa tidak selesa dengan kehadiran kulit  muka yang berminyak.

Nak atasi kulit muka yang berminyak. Sekaligus, mendapatkan wajah yang berseri. Pastinya boleh cuba mengamalkan petua ini.

1. Jaga Pemakanan

Elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Jika tidak boleh elakkan. Almaklumlah, kita nie kan tekak orang Asia. Jika tidak ada pedas dan makanan bergoreng, pastinya tidak sedap. Jika begitu situasinya. Kurangkan pengambilannya. 

Jadikan pengambilan makanan yang berminyak dan pedas, cuma sekali dua dalam seminggu.

Pilihlah makanan yang berkhasiat dan kaya dengan vitamin A dan vitamin C. Contoh mudah, adalah sayur bayam, lobak merah dan Buah Oren atau kiwi

2. Elakkan Alat Solek yang berasaskan Krim

Sekiranya kulit berminyak dan mengunakan solekan berasaskan krim. Ia akan pudar dipermukaan kulit. Maka, dengan itu. Bertukarlah kepada solekan yang berasaskan bedak untuk solekan yang lebih tahan lama.

3. Pengunaan Bedak Muka

Untuk memastikan solekan kelihatan menawan dan tidak berminyak, sentiasa sapukan bedak kompak pada muka



4. Kertas Minyak

Ini penting. Pastikan kertas minyak yang digunakan untuk wajah sentiasa ada di dalam beg. Jika kulit terasa begitu berminyak boleh nyahkan minyak tersebut dengan segera

5. Gunalah Pelindung Matahari

Dengan mengunakan pelindung matahari dapat mengawal kehadiran minyak pada muka. Jadi, sebelum keluar rumah. Pastikan anda menyapu pelindung matahari tanpa minyak dalam penjagaan kulit wajah.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews