Saturday, April 07, 2018

Resepi Terung Bakar Yang Membuka Selera...Jemput Makan Semua!!

Nasi panas dan terung bakar..Mmmm sangat menyelerakan

Masakan kampung sememangnya enak apabila dimakan. Cara penyediaannya pun mudah dan pantas.

Sebenarnya, agak buntu juga untuk mencari idea untuk menyediakan juadah untuk keluarga.

Teringin juga mencari kelainan dan mencuba sesuatu yang baru.Bermula daripada terbaca post seorang rakan sekolah tentang terung Bakar di Facebook. Terus saja, saya bertanyakan resepinya...

Dan seterusnya, mencari resepi penyediaan terung bakar di Facebook.

Ada yang minat makan terung disini.Kita geng.Saya juga menggemari masakan yang ada didalamnya terung sebagai bahan sampingan ataupun bahan utama.

Jika diberi pilihan sambal udang ataupun sambal terung.Saya akan memilih sambal terung.Ini adalah kerana saya tidak begitu menggemari udang.

Resepinya mudah sahaja. Jadinya, saya kongsikan diblog ini ye. Agar mudah dan dapat memberi idea kepada anda yang singgah membaca di blog ini.

Terung yang sudah dibakar, digaul bersama santan,gula,belacan,bawang,lada api, sedikit lada hitam yang telah ditumbuk, sedikit garam,gula dan sedikit cuka makan

Resepinya....

3 batang terung yang sederhana besar.Terung ini saya kerat 4.Kemudian dibakar. Boleh dibakar dialam oven ataupun mengunakan dapur gas.Bakar sehingga lembut.

Sediakan sebuah mangkuk.
Hiriskan setengah biji bawang Holland

Hiriskan lada api sebanyak 5-7 ulas

Sedikit belacan yang telah dihancurkan

Dua sudu cuma makan. Saya mengunakan cuka sebagai penganti kepada limau nipis

3 helai daun limau purut dihiris halus

Jika ingin lebih pedas, boleh juga letakkan sedikit serbuk lada hitam ataupun lada hitam yang telah ditumbuk

Garam dan gula secukup rasa

Dan juga tidak ketinggalan .Satu cawan santan Segar.Boleh juga mengunakan santan segera.Tetapi kena didihkan dan tambahkan sedikit air.

Setelah itu, gaulkan segala bahan-bahan tadi dan masukkan juga terung yang telah dibakar..Gaul dan Gaul..Sehingga santan tadi terkena pada kesemua terung bakar.

Kemudian boleh dihidangkan.Dan dimakan bersama nasi panas.

Sedap dan menyelerakan.Rasa lemak-lemak santan, masam-masam cuka dan keenakkan terung tadi sebati dan serasi bersama.

Tengok ayah saya menikmatinya, amat berselera dibuatnya. Alhamdulillah..

Buat anda yang sedang tercari-cari resepi untuk keluarga.Boleh ler mencuba resepi ini.

Jumpa lagi dientry akan datang.Moga bermanafaat..Selamat mencuba...


Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews