Ibubapa Kategori Manakah Anda?
icetanggo
Saturday, August 18, 2018
0 Comments
Bab keibubapaan sememangnya banyak yang perlu dipelajari.
Berhadapan dengan anak-anak yang semakin banyak keletah dan perangainya.
Kadang-kadang terasa mencabarnya untuk mendidik dan mengajar anak-anak yang
sedang membesar ini.
Belum lagi berhadapan dengan perangai dan keletahnya
apabila meningkat dewasa nanti. Namun, itu semua mematangkan diri. Yang mana
memberi peluang kepada kita sebagai ibu bapa supaya lebih peka kepada
perkembangan anak-anak.
Dan sekaligus, mengajar dan mendidik kita supaya lebih
banyak bersabar dan matang di dalam sesebuah perkara yang melibatkan
kekeluargaan.
Namun begitu, jenis ibu bapa bagaimanakah anda di dalam
mendidik anak-anak?
Ibu bapa KUKU BESI
Ibu bapa seperti ini selalu menunjukkan mereka mempunyai
kedudukan yang lebih tinggi. Anak selalu dianggap tidak bijak, belum pintar dan
sering kali pendapat yang diutarakan oleh anak itu tidak dipedulikan.
Keadaan bertambah rumit, apabila anak-anak sukar untuk
berbincang dengan ibu bapa. Malah anak-anak tidak dibenarkan memberi pendapat
mereka serta sukar untuk mereka menyatakan pendapat mereka.
Kesan kepada anak-anak adalah mereka sukar untuk berdikari,
kurang keyakinan diri dan sentiasa memberontak.
Ibu bapa PERMISIF
Ibu bapa jenis ini tidak terlalu banyak mengeluarkan peraturan.
Disiplin di dalam rumah agak longgar dan tidak
tegas. Anak-anak seolah tidak diajar untuk berdikari dan hampir semua
permintaan mereka dipenuhi oleh ibu bapa.
Kesan kepada nak-anak, menjadi bebas, suka mendesak,
mempunyai kawalan diri yang rendah, tidak bertanggungjawab,kurang berdisiplin
dan tidak memikirkan orang lain.
Ibu bapa yang TIDAK PEDULI
Ibu bapa golongan ini pula tidak mengambil tahu ataupun tidak
peduli dengan apa yang dilakukan oleh anak. Sekiranya anak memberitahu
sesuatu. “Ayah, Mama, saya mendapat markah cemerlang didalam peperiksaan.
Malah, ibubapanya tidak menunjukkan apa-apa reaksi yang positif.
Dan apabila anak bertanya sesuatu seperti, Ayah, bagaimana untuk menjawab soalan matematik ini. Dan Si ayah menjawab, "Jangan, ganggu ayah,
ayah letihlah. Pergi jauh-jauh"
Kesan kepada anak-anak adalah mengalami masalah di dalam
perkembangan diri.
Ibubapa DEMOKRATIK
Ibu bapa yang mempunyai sifat ini adalah yang terbaik. Mereka
menghargai kewujudan anak itu, memberikan mereka kasih sayang, mengambil berat
tentang anak-anak dan kerap menasihati anak-anak mereka.
Contohnya, apabila anak kalah didalam satu pertandingan,
mereka tidak menyalahkan atau memperkecilkan anak tersebut. Malah terus memberikan semangat dan nasihat supaya anak tersebut tidak berputus asa.
Kesan kepada anak-anak adalah mereka mampu berdikari,
kreatif, mempunyai kawalan diri yang baik dan juga bijak memberi pendapat.
Renung-renungkan.. Ibu bapa bagaimanakah kita buat anak-anak
kita. Semoga entry kali ini memberi manafaat buat pembaca diluar sana.
Saya juga masih didalam proses pembelajaran.......