Saturday, August 18, 2018

Ibubapa Kategori Manakah Anda?




Bab keibubapaan sememangnya banyak yang perlu dipelajari. Berhadapan dengan anak-anak yang semakin banyak keletah dan perangainya. Kadang-kadang terasa mencabarnya untuk mendidik dan mengajar anak-anak yang sedang membesar ini.


Belum lagi berhadapan dengan perangai dan keletahnya apabila  meningkat dewasa nanti.  Namun, itu semua mematangkan diri. Yang mana memberi peluang kepada kita sebagai ibu bapa supaya lebih peka kepada perkembangan anak-anak.


Dan sekaligus, mengajar dan mendidik kita supaya lebih banyak bersabar dan matang di dalam sesebuah perkara yang melibatkan kekeluargaan.


Namun begitu, jenis ibu bapa bagaimanakah anda di dalam mendidik anak-anak?


Ibu bapa KUKU BESI



Ibu bapa seperti ini selalu menunjukkan mereka mempunyai kedudukan yang lebih tinggi. Anak selalu dianggap tidak bijak, belum pintar dan sering kali pendapat yang diutarakan oleh anak itu tidak dipedulikan.

Keadaan bertambah rumit, apabila anak-anak sukar untuk berbincang dengan ibu bapa. Malah anak-anak tidak dibenarkan memberi pendapat mereka serta sukar untuk mereka menyatakan pendapat mereka.

Kesan kepada anak-anak adalah mereka sukar untuk berdikari, kurang keyakinan diri dan sentiasa memberontak.


Ibu bapa PERMISIF

Ibu bapa jenis ini tidak terlalu banyak mengeluarkan peraturan. Disiplin di dalam rumah agak longgar dan tidak  tegas. Anak-anak seolah tidak diajar untuk berdikari dan hampir semua permintaan mereka dipenuhi oleh ibu bapa.

Kesan kepada nak-anak, menjadi bebas, suka mendesak, mempunyai kawalan diri yang rendah, tidak bertanggungjawab,kurang berdisiplin dan tidak memikirkan orang lain.


Ibu bapa yang TIDAK PEDULI

Ibu bapa golongan ini pula tidak mengambil tahu ataupun tidak peduli dengan apa yang dilakukan oleh anak. Sekiranya anak memberitahu sesuatu. “Ayah, Mama, saya mendapat markah cemerlang didalam peperiksaan. 

Malah, ibubapanya tidak menunjukkan apa-apa reaksi yang positif.

Dan apabila anak bertanya sesuatu seperti, Ayah, bagaimana untuk menjawab soalan matematik ini. Dan Si ayah menjawab, "Jangan, ganggu ayah, ayah letihlah. Pergi jauh-jauh"

Kesan kepada anak-anak adalah mengalami masalah di dalam perkembangan diri.

Ibubapa DEMOKRATIK



Ibu bapa yang mempunyai sifat ini adalah yang terbaik. Mereka menghargai kewujudan anak itu, memberikan mereka kasih sayang, mengambil berat tentang anak-anak dan kerap menasihati anak-anak mereka.

Contohnya, apabila anak kalah didalam satu pertandingan, mereka tidak menyalahkan atau memperkecilkan anak tersebut. Malah terus memberikan semangat dan nasihat supaya anak tersebut tidak berputus asa.

Kesan kepada anak-anak adalah mereka mampu berdikari, kreatif, mempunyai kawalan diri yang baik dan juga bijak memberi pendapat.

Renung-renungkan.. Ibu bapa bagaimanakah kita buat anak-anak kita. Semoga entry kali ini memberi manafaat buat pembaca diluar sana.

Saya juga masih didalam proses pembelajaran.......

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews