Friday, August 17, 2018

Mulakan Pagi Anda Dengan Sarapan Yang Berkhasiat



Sebelum memulakan sebarang kerja ataupun tugas. Adalah lebih baik untuk kita bersarapan terlebih dahulu. Tidak kisahlah apapun jenis makanan yang dimakan di waktu pagi. Namun, sebaik-baiklah haruslah pilih yang berkhasiat dan membekalkan tenaga di sepanjang hari.

Jika tidak bersarapan, aktiviti menjelang menanti waktu makan tengahari pastinya akan terganggu kerana timbulnya rasa lapar. Dan selebihnya, membuatkan kita lebih cenderung mengambil makanan pada waktu tengahari dengan lebih banyak.

Sememangnya berbagai jenis makanan yang boleh kita jadikan sebagai sarapan. Daripada sarapan yang ringkas dengan hanya dua keping roti dan secawan susu sehinggalah sebungkus nasi kerabu bersama ayam bakar. Dan ianya bergantung kepada selera kita pada ketika itu.

Namun, jika diamalkan setiap pagi memakan nasi lemak. Timbul juga, perasaan ingin bertukar citarasa ataupun selera. Sekali-sekala ingin juga bersarapan dua biji telur separuh masak bersama roti bakar.. Tak gitu..Ataupun mencari sarapan yang lebih mudah disediakan dan juga berkhasiat untuk tubuh.

Usah risau lagi tentang penyediaan sarapan pagi.. Usah dirisaukan lagi tentang berapa kalori pengambilan nasi lemak yang dibungkus bersama daun pisang.

Dengan ini ada cara mudah bagi mendapatkan sarapan pagi yang berkhasiat, sedap, mengenyangkan sehingga waktu makan tengahari. Malah, mampu membekalkan tenaga di sepanjang hari.

Ditambah pula, dengan khasiat-khasiat tambahan di dalamnya seperti mampu menurunkan kadar kolestrol, mencantikkan kulit, mengurangkan kedutan, menguatkan kuku dan rambut serta memelihara kesihatan secara keseluruhannya.

Caranya adalah, blanderkan 3 sudu oat bersama 2 sudu Susu Soya ESP dan beberapa biji buah kurma. Cara saya adalah suka letakkan lebih banyak kurma, untuk rasa lebih lemak manis.

Kisarkan sehingga beberapa minit dan sehingga semuanya hancur. Dan hasilnya, sedap, lazat sehinggakan sangat menyelerakan dan mengenyangkan.



Rasa lemak oat dan susu Soya ESP digabungkan pula bersama manis-manis kurma sangat-sangat memberi rasa nikmatnya bersaparan pagi di ketika itu.

Mudah resepinya.. Namun, khasiatnya untuk tubuh anda sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Pastinya terbaik untuk kesihatan tubuh badan dan juga berkhasiat serta melengkapkan nutrisi tubuh.. 

Selamat mencuba dan bolehlah ucapkan TIDAK kepada makanan berlemak, bergoreng dan mengandungi kalori yang tinggi dipagi hari.

Berubahlah untuk kesihatan diri sendiri....

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews