Tuesday, January 15, 2019

Jenis apakah rumah kita..



Mungkin kita memiliki rumah teres setingkat, teres dua tingkat, bunglow mewah, apartment, kondominium ataupun sekadar rumah kampung.

Namun itu, adalah gambaran luaran tentang rumah kita.

Gambaran luaran yang kadangkala hanya memukau pandangan mata yang memandang. Yang hanya mendapat pujian, "Wah, cantiknya rumah dia.."

Bagaimana pula dengan dalaman rumah kita.

Penuh dengan hiasan yang cantik-cantik atau hanya sekadar hiasan yang ala kadar saja.
Paling tidak pun, kelengkapannya penuh dengan barangan dari luar negara.

Persoalannya, bukan hiasan dalaman yang ingin kita ceritakan.
Ianya tentang jenis dalaman bagaimanakah rumah kita.

Cara manakah kita mentadbirkan dalaman rumah kita..
Ada rumah, seperti panggung wayang.. Ini adalah kerana ahli keluarganya asyik menonton drama ataupun movie cerita-cerita terbaru

Ada rumah, seperti pusat permainan computer, kerana ahli keluarga asyik bermain games dan asyik leka dengan gajet.

Ada rumah, hanya sekadar tempat persinggahan saja, dimana ahli keluarga hanya pulang ke rumah hanya untuk tidur dan selepas itu, keluar semula menjalani aktiviti seharian

Ada rumah seakan medan peperangan kerana ahli keluarga didalam rumah tersebut asyik bertengkar dan juga bergaduh. Tiada persefahaman.

Renungkan-renungkan semula jenis dalaman bagaimanakah rumah kita.
Kita sendiri adalah bertanggungjawab membentuk “Rumah ku Syurgaku” bukan hanya dengan segala hiasan yang cantik dan mewah saja.

Tetapi didalamnya perlu ada pengisian ilmu, akhlak, agama dan sahsiah yang baik kepada semua ahli didalamnya.

Seandainya, rumah yang besar lagi gah dan mewah bukan milik kita.

Akan tetapi, biarlah didalamnya rumah itu, mempunyai ahli keluarga yang penuh dengan kasih sayang, saling memahami dan saling menghargai dan sentiasa mendapat hidayah dan rahmat dari ALLAh swt..

Dan pula bukan disebaliknya.

Kongsikan:

0 comments :

Post a Comment

Tentang Saya

Tentang Saya
Kesihatan & Blogging Minat Saya. Berniat membantu anda supaya memperolehi kesihatan yang baik bersama Shaklee

Popular Posts

Categories

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Pageviews