Follow Us @soratemplates

Wednesday, April 22, 2020

5 Tips Menghilangkan Pedih Hulu Hati

Wednesday, April 22, 2020 0 Comments
Pernah mengalami pedih hulu hati.Seakan rasa terbakar dibahagian hulu hati sehinggalah merasa tidak selesa.

Ianya seakan rasa penuh  atau menyucuk-nyucuk dibahagian dada atau dibahagian tangah dada.

Pedih Hulu hati ini terjadi disebabkan asid yang berlebihan dibahagian dada.
Asus yang berlebihan pada dada berlarutan dan berulang-ulang sehinggalah rasa pedih.

Kebiasaannya,untuk menghilangkan rasa pedih hulu hati.Pesakit diminta untuk makan sedikit bagi mengalas perut yang kosong.

Apabila pedih hulu hati ini terjadi,pesakit akan meengalami rasa menusuk-nusuk dibahagian hulu hati.

Punca-punca terjadinya pedih hulu hati adalah disebabkan pula pemakanan yang tidak seimbang,gaya hidup yang tidak sihat,tidur yang tidak teratur,stress,kerap minum kopi atau kerap mengambil 
minuman beralkohol.


Bagi Mengatasi Masalah ini,saya kongsikan 5 Tips bagi Mengurangkan Masalah Pedih Hulu Hati.. 

1. Minum air suam dengan banyak.Sebaiknya minum 2 cawan air sebelum dan sesudah makan

2. Tidak bergantung kepada ubat penahan sakit semata-mata.

3.Mengamalkan pola pemakanan yang betul.Elakkan makanan terlalu berlemak atau terlalu pedas.

4. Elakkan perut kosong..Sentiasa bekalkan biskut atau roti bagi mengelakkan perut kosong.

5.Sekiranya pedih hulu hati masih berlarutan.Dapatkanlah nasihat doktor.

Begitulah serba sedikit tips bagi Mengatasi pedih hulu hati.Agar dapat memberi manafaat buat anda.

Monday, April 20, 2020

Minuman Isotonik Penambah Tenaga Sesuai Buat Satu Keluarga

Monday, April 20, 2020 0 Comments



Mencari minuman tenaga yang selamat diminum bersama keluarga?Minuman yang menjadi bekalan angkasawan NASA..

Anda boleh dapatkan Performance Drink.Lebih-lebih lagi bulan puasa nanti setelah penat seharian berpuasa.

Pastinya masa berbuka puasa..Inginkan sesuatu yang sedap dan lazat diminum sekaligus mampu menambahkan tenaga.

Performance Drink ini boleh dibancuh kemudian dihidangkan diatas meja seterusnya dinikmati bersama sessi keluarga.


Anak yang sedang belajar berpuasa, ibu yang sedang hamil,ibu ayah yang dikategorikan sebagai warga emas dan semua ahli keluarga sesuai menikmati bancuhan Performance Drink ini


Jom kita tengok apakata penguna setelah minum Performance Drink

Testimoni1: Rasa air yang sedap dan fresh.Boleh diminum berkali-kali tanpa rasa bimbang
Testimoni 2: Walaupun Letih tetap bersemangat untuk bekerja.Bertenaga sehingga larut malam
Bagi mendapatkan Performance Drink anda boleh menghubungi saya secara terus atau whatsapp saya ditalian 0172569166

Penghantaran ke seluruh Malaysia disediakan dan Penghantaran Percuma bagi anda yang berada disekitar Bandar Sendayan,Port Dickson dan Seremban.

Sunday, April 19, 2020

5 Tips Menghadapi Anak Yang Malas Belajar

Sunday, April 19, 2020 0 Comments

Anak kurang rajin belajar antara topik yang sering menjadi perbualan dikalangan ibuayah. Keadaan ini akan menjadi kebimbangan ibuayah apabila anak tersebut bakal menghadapi peperiksaan besar.

Bagi menghadapi masalah ini ibuayah perlu bekerjasama dan bergandingan untuk menarik minat anak untuk belajar.

Si ayah tidak boleh hanya berharap kepada ibu untuk mengajar anak.Sebagai contoh hanya ibu saja yang mengajar anak tetapi si ayah tidak mengambil tahu mengenai pelajaran anak.

Atau didalam situasi lain.Si anak sedang belajar tetapi terdapat gangguan daripada bunyi televisyen yang kuat daripada ruang tamu.

Didalam sedar atau tidak, contoh tadi menjadi punca mengapa anak tidak berminat atau menjadi kurang berminat untuk belajar.

Di zaman yang serba canggih ini,pengunaan telefon bimbit atau gajet juga menjadi cabaran buat ibu ayah didalam menarik minat anak untuk belajar.

Dikongsikan 5 Tips bagi Menghadapi anak yang kurang minat belajar ini.Agar nanti dapat memberi manafaat kepada semua pembaca blog ini.

1.SEDIAKAN JADUAL BELAJAR UNTUK ANAK

Sediakan jadual belajar untuk anak.Agar anak lebih berdisplin didalam belajar dan mengetahui waktu belajar,bermain dan beriadah sudah pun ditetapkan.

Bagi menyediakan jadual belajar yang menarik minat anak selitkan aktiviti-aktiviti kreatif atau kraftangan didalam jadual tersebut.

2.SOKONGAN DARIPADA IBUAYAH.
Apabila anak sedang belajar ibu ayah perlukah memberi sokongan dan tunjuk ajar.Jadikan aktiviti anak yang belajar ini sebagai satu aktiviti keluarga.

Sekiranya perlu tutup TV ketika anak sedang belajar.Tutuplah TV itu sementara anak sedang belajar.Begitu juga dengan pengunaan telefon bimbit.

Untuk belajar dan terus belajar anak-anak sememangnya memerlukan sokongan daripada ibu ayah dirumah.

3.MOTIVASI DAN KESEDARAN
Ibu ayah juga perlu menanamkan kesedaran kepada anak-anak tentang pentingnya menuntut ilmu.Ilmu ini amat berguna pada kehidupan di masa akan datang.

Kata-kata motivasi dan galakan daripada ibu ayah pastinya akan meningkatkan lagi Semangat anak-anak untuk lebih rajin belajar.

4. SEDIAKAN TEMPAT BELAJAR YANG SESUAI
Suasana juga mempengaruhi minat anak untuk belajar.Sediakan tempat khas atau ruang khas untuk anak belajar.

Tempat tersebut haruslah jauh dari gangguan televisyen atau perkara-perkara yang boleh menyebabkan tumpuan anak terganggu ketika belajar.

5.DOA

Doa ibu adalah diantara yang paling mustajab dan ditlmakbulkan oleh Allah swt. Ibu ayah titipkanlah doa yang baik-baik buat anak kesayangan.Moga Allah lembutkan hati anak untuk belajar dan menerima nasihat.

Seterusnya, mudah didalam urusan pembelajaran.

Berikut adalah sedikit tips yang boleh dikongsikan.Dapat simpulkan ibuayahlah berperanan didalam membentuk lantas mendidik anak-anak.

Agar anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang dan berguna kepada keluarga,bangsa dan agama satu hari nanti. 

Moga bermanafaat buat semua pembaca blog ini...





Friday, April 17, 2020

Satu Pencuci,Berbagai Guna dan Manafaat

Friday, April 17, 2020 0 Comments

Sebut saja mengemas rumah.Pastinya memerlukan sabun atau pencuci bagi membantu kerja-kerja mengemas tadi.

Bermula daripada mop lantai,membersihkan peti ais,lap tingkap,mencuci tandas dan berbagai lagi kerja-kerja berkaitan dengan pembersihan.

Termasuklah mencuci baju sekolah anak yang kadang-kala tidak sampai seminggu sudahpun kotor.

Sekiranya ada, satu pencuci berbagai guna sudah tentunya akan memudahkan kerja.

Bukan itu saja, boleh menjimatkan duit belanja dapur kerana tidak perlu membeli berbagai-bagai jenis pencuci.

Dengan pengunaan Basic H anda akan dapat solusinya.

Kerja-kerja pembersihan dirumah akan menjadi lebih mudah dan selamat digunakan.

Basic H ini merupakan bahan pencuci yang organik. Ianya tidak memedihkan tangan.

Pencuci Basic H ini tidak mengandungi bahan kimia ataupun bahan beracun termasuklah klorin.

Sekiranya pencuci Basic H ini digunakan untuk mop lantai..

Tidak perlu lagi dibilas dan lantai menjadi bersih dan selamat bagi anak-anak kecil yang baru saja pandai merangkak dan berjalan.


Bukan saja boleh digunakan untuk kerja-kerja cucian dan pembersihan.

Basic H juga boleh digunakan untuk membuat Hand Sanitizer.

Hasilkan Hand Sanitizer lebih menjimatkan dan selamat kerana kita tahu kandungan yang digunakan untuk menghasilkan Hand Sanitizer tersebut.

Untuk anak kecil yang menghidap Penyakit Kuku kaki dan Mulut ataupun badan mula panas seakan tanda-tanda seperti demam.

Ibu-ibu boleh mandikan anak-anak dengan air campuran bersama Basic H.


Sebenarnya banyak lagi kegunaan Basic H nie, Kalau nak diceritakan.

Hanya yang berpengalaman mengunakan pencuci serbaguna Basic H ini saja yang merasai betapa 'best'dan seronok mengunakan pencuci Serbaguna  Basic H. 

Anda ingin rasai pengalaman mengunakan Pencuci Serbaguna Basic H ini.

Mendapatkan sebotol Basic H hari ini. Anda boleh menghubungi saya secara terus atau whatsapp saya ditalian 0172569166.

Penghantaran disediakan bagi anda yang berada disekitar Bandar Sri Sendayan,Seremban dan Port Dickson.

Bagi ingin mendapatkan penjimatan 15%-20% digalakkan anda mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah.

Wednesday, April 15, 2020

Soal Jawab Berkaitan Vivix

Wednesday, April 15, 2020 0 Comments
Q : Apakah bahan-bahan  yang terkandung di dalam Vivix

A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*

Q : Apa yang menjadikan anggur Muscadine berbeza daripada anggur lain?

A : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, paling mujarab, dengan profil unik polifenol yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine dibanggakan dengan keunggulan kepekatan ellagitannins dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine lain, akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar. * Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar kerana profil fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan, manakala anggur lain adalah lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.

Q : Apakah polifenol?

A : Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan fitonutrien yang mempunyai faedah antioksidan dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan selular. Malah, kajian menunjukkan bahawa polifenol mungkin menimbulkan pelbagai kesan biologi sekaligus memberi ketahanan dan penambahbaikan terhadap tahap kesihatan manusia *


Q : Apakah resveratrol?

A : Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik jangka hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme 

Q : Berapa banyak resveratrol tersedia dalam Vivix?

A : Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap hidangan. Ekstrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan oleh kajian saintifik terbaru yang dijalankan. Vivix adalah menjangkaui resveratrol kerana ia menggabungkan campuran polifenol tambahan yang diperolehi dari anggur muscadine. Kajian makmal mendapati bahawa campuran yang masih menunggu kelulusan paten ini adalah 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol*

Q : Adakah Vivix produk antioksidan?

A : Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah terbukti dalam makmal memberi kesan positif terhadap empat kunci mekanisme penuaan selular. Oleh itu, ia sebenarnya lebih dari menyediakan sokongan antioksidan*

Q : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?

A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum.

Q : Boleh ke ambil lebih dari satu sudu teh sehari?

A : Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan apa-apa faedah tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang dicadangkan iaitu satu sudu teh setiap hari.

Q : Bolehkah Vivix diambil bersama makanan tambahan Shaklee yang lain?

A : Vivix boleh diambil bersama semua rangkaian produk makanan tambahan Shaklee. Malahan digalakkan ambil bersama sesetengah produk seperti Nutriferon dan Cinch Shake sebagai pelengkap harian yang sangat baik kepada pilihan gaya hidup sihat.


Q : Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga dengan Vivix?

A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.

Q : Adakah saya perlu menyimpan Vivix dalam peti sejuk?

Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.

Bagi mendapatkan Vivix anda boleh menghubungi saya atau whatsapp saya ditalian 0172569166

Penghantaran secara percuma bagi anda yang berada disekitar Bandar Sri Sendayan,Seremban dan Port Dickson.

Penghantaran ke seluruh Malaysia juga disediakan.

Tuesday, April 14, 2020

Punca-Punca Kulit Bermasalah dan Kelihatan Tua

Tuesday, April 14, 2020 0 Comments

Kulit merupakan organ yang paling besar. Seiring dengan penambahan usia, kulit juga turut berubah. 

Semakin kita berusia, kulit akan mempunyai garis, berkedur, bertompok dan kering.

Di dalam masa yang sama kulit akan menjadi semakin nips, kurang licin dan kelihatan kurang gebu dan mengambil masa untuk sembuh.

Punca yang menjadikan kulit rosak adalah disebabkan kesan kerosakan akibat daripada  sel-sel yang tidak seimbang, pemakanan yang tidak berkhasiat , tahap stress yang tinggi dan pendedahan kepada pencemaran sekitar dan gaya hidup yang kurang sihat.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan kulit menjadi rosak adalah

1) Cahaya matahari



Sinar matahari menjadi punca kepada kulit menjadi mudah rosak. Elakkan berjemur dibawah matahari, terutama pada pukul 11 pagi hingga ke 4 petang.

Ramai yang beranggapan dengan memakai payung dan topi dapat melindungi kulit daripada cahaya matahari.

 Tetapi anggapan itu tidak benar sama sekali kerana cahaya matahari tersebut akan melantun balik terutama pada permukaan terang separti air, kaca atau cermin.

Lantunan sinaran UV sebenarnya lebih berbahaya kerana ia menembusi lapisan dermis kulit, memecahkan kolegen dan merosakkan keanjalan kulit.

Manakala sinaran UVB menjejaskan lapisan epidermis menyebabkan kulit berbelang atau kulit terbakar.

Harus diingatkan ...Bukan cahaya matahari saja yang  yang berbahaya untuk kulit tetapi objek-objek disekeliling seperti lampu, cahaya komputer juga berbahaya untuk kulit.

2) Asap rokok


Makin lama kulit terdedah dengan asap rokok makin cepat kulit menjadi berkedut. Asap rokok mampu menrosakkan kulit dan membuatkan kulit berkedut.

Kajian menunjukkan mereka yang terdedah kepada asap rokok mempercepatkan kulit menjadi berkedut dan kering. 

Ini kerana asap rokok mengosongkan vitamin C dalam badan iaitu kompenan utama yang mengekalkan kulit lembap dan gebu.

3) Stress


Stress dan risau menyebabkan tabiat dahi berkerut secara autommatic. Lama kelamaan otot menjadi biasa dengan pergerakan demikian.

Bagi mengurangkan penuaan akibat stress, kenalpasti tahap stress dan sentiasalah tersenyum.

Lengkapkan program penjagaan kulit dengan senaman dan ia dapat membantu mengurangkan stress dan kedut.

4) Kurang tidur

Kurang tidur membuatkan seseorang itu nampak letih lesu, lemah dan tidak bermaya.

Manakalah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu kurang tidur adalah timbulnya gegelang hitam disekeliling mata dan kulit kendur.

Disamping itu, kurang tidur juga menjadi faktor utama seseorang itu mudah menjadi pelupa dan hilang minat bekerja dan berfikiran negetif.

Kajian menunjukkan kebanyakan dewasa akan berfikiran dengan lebih baik apabila mendapatkan tidur yang mencukupi sebanyak 8-9 jam tidur.

5) Kulit Kering


Kulit kering membuatkan seseorang itu nampak tua sebelum waktunya. 

Apabila permukaan kulit kering, permukaan kulit akan rosak dan kulit akan hilang kelembutan serta keanjalannya dan menyebabkan ketidakselesaan pada kulit.

Ingin mengelakkan kulit menjadi rosak atau tua sebelum waktunya.

Pastinya cadangan pengambilan makanan tambahan seperti Vitamin C Sustained Release adalah digalakkan.


Bukan saja mengelakkan kulit daripada bermasalah atau menjadi kelihatan tua. Ianya  juga membantu berbagai masalah kulit.

Testimoni 1:Macam tak percaya je 
Dulunya, jerawat yang dulu subur diwajah hanya tinggal parut saja.

Testimoni 2:Jeragat makin berkurangan dan kulit menjadi cerah

Testimoni 3: Kulit menjadi cerah dan parut menjadi pudar

Ingin dapatkan vitamin C Sustained Release bagi Mengatasi Masalah kulit boleh menghubungi atau whatsapp saya ditalian 0172569166

Penghantaran percuma disekitar Bandar Sri Sendayan,Seremban dan Port Dickson.

Bagi mendapatkan penjimatan 15%-20% adalah digalakkan mendaftar menjadi ahli Shaklee yang sah. 


Monday, April 13, 2020

Resepi Kuah Kacang Sedap dan Mudah Di Sediakan

Monday, April 13, 2020 0 Comments
Nak dapatkan kuah kacang yang sedap dan kena dengan tekak bukannya mudah.Saya dah cuba berbagai resepi.Adakalanya tak menjadi dan tak kena dengan tekak..

Ada masanya pula..Menjadi kuah kacang yang dihasilkan rasanya sedap dan secukup rasa.Sesuailah dimakan bersama keluarga.

Disebabkan musim Perintah Kawalan Pergerakan nie nak dikatakan setiap hari memasak juadah untuk keluarga.

Jadinya,semalam saya cuba menyediakan nasi impit dan kuah kacang.

Kali nie kuah kacang yang saya sediakan.Alhamdulillah menjadi pula dan rasanya sedap dan secukup rasa.

Bolehlah diberikan lima bintang kepada kuah kacang tersebut...Hehehe angkat bakul kan..

Siapa lagi nak puji,kalau bukan sendiri masak,sendiri bagi pujian..


Meh,sini saya sharekan resepinya..
Saya dapat resepi ini pun dari Facebook.

Tujuan saya letakkan resepi ini disini agar boleh menjadi rujukan buat saya dan pembaca blog ini.

Resepi Kuah kacang gerenti sedap

4 cwn kacang tanah
4 sudu besar Cili kering
Gula merah stgh cawan..Yang ini saya gantikan dengan gula anau ya
Gula putih setengah cawan
Bawang kecik 4 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Setengah inci halia
1 inci lengkuas (Semua di atas bland ya)
Serai 2 batang..ketuk-ketuk sikit dengan lesung batu
Satu cawan air asam jawa.
Asam jawa dah habis kat rumah nie.Saya gantikan dengan Asam keping sebanyak 2 keping
3 cawan air biasa( kalau pekat  tambah lagi air ya)
Garam ,Gula dgn Seketul Pati Ayam knoss
 
 Cara-caranya
Goreng kacangg tanah ... 
kemudian ketepikan dan buang kulit kacang tadi.Dah sejuk kacang bland kasar-kasar.

 Tumiskan Bahan bahan yang di bland tadi sampai pecah minyak... 
Masukkan Serai , Air Asam jawa,  Sedikit Garam ,Gula dgn Pati Ayam ..Masak sampai mendidih...

Akhir sekali masukkan kacang tanah dengan 3 cawan air biasa.
Kalau pekat tambah air lagi..Masak sampai kuah pekat dan tutup api
.
Dah siap boleh dihidangkan bersama nasi impit atau satay..

Selamat mencuba ya...Raya nanti dah boleh hidangkan kuah kacang buat tetamu atau sanak saudara yang datang beraya.

Sunday, April 12, 2020

Krim Serbaguna Herbal Blend Yang Mampu Mengatasi Masalah Kulit

Sunday, April 12, 2020 0 Comments

Berbagai-bagai masalah berkaitan dengan kulit. Tak kisahlah golongan dewasa atau kanak-kanak.Masing-masing ada masalah kulit yang tersendiri.

Kebiasaannya, masalah kulit yang dihidapi bagi kanak-kanak adalah seperti ruam,eczema,gigitan nyamuk atau seranģga,alergik dan berbagai lagi.

Biasanya,anak-anak kita nie tak tahan jika gatal-gatal.Habis digarunya tempat gatal-gatal tadi.Kadang-kadang terlebih mengaru sehingga menjadi kudis pada kulit anak-anak.

Tak ketinggalan juga...Golongon dewasa pun menghidapi berbagai masalah kulit seperti panau,kurap,alergik, kulit kasar,tumit kaki pecah-pecah dan berbagai lagi.

Seriously,apabila menghidapi masalah kulit pasti membuatkan rasa tak selesa. Tangan asyik nak mengaru je.Masa mengaru tue tak sedar kulit dah melecet.

Bila mandi, mulalah rasa pedih disebabkan kesan melecet tadi.

Betulkan...betul..Pasti anda pernah merasa bagaimana pedihnya apabila kulit melecetkan..

Sebelum gatal-gatal,kulit melecet,tumit kaki pecah-pecah,kulit tangan kasar menjadi lebih parah.

Adalah disarankan buat anda memiliki Krim Serbaguna Herbal Blend.Krim ini boleh digunakan dan boleh disapukan kepada baby sehinggalah warga emas.
Teramat-amatlah sesuai untuk disapu dibahagian kulit bermasalah tadi.


Bagi waktu-waktu kecemasan seperti terkena minyak panas ketika memasak,kena gigitan semut api dan terkena air panas.

Boleh juga terus sapukan krim serbaguna Herbal Blend ini dibahagian kulit yang bermasalah tadi.

Pengalaman sendiri, saya terkena wap panas apabila membuka tudung periuk.Cepat-cepat saya sapukan krim Herbal Blend ini dibahagian jari yang terkena wap tadi.

Hasilnya,  Alhamdulillah dengan pengunàan krim Herbal Blend yang kerap. Kurang lebih daripada seminggu bahagian yang terkena wap panas tadi kembali pulih.

Tak percaya ya....

Bukan saya saja yang mengatakan Krim Serbaguna Herbal Blend ini mampu mengatasi masalah kulit..

Jom kita tengok testimoni dan pengalaman penguna Herbal Blend yang telah berpuas hati.

Testimoni 1: Eczema semakin putih.. Setelah sekian lama menghidapi masalah..Alhamdulillah,ianya membantu

Testimoni 2: Tumit kaki pecah-pecah.

Kebiasaan mak-mak yang menghidapi masalah beginikan...
Jadinya, krim serbaguna herbal blend inilah solusinya.


Testimoni 3: Kesan gatal-gatal berkurangan diwajah dengan pengunaan krim Serbaguna Herbal Blend.

Setelah mengetahui manafaat dan keberkesanan Krim Serbaguna Herbal Blend ini.Pastinya menarik hatikan...

Pastikan dirumah anda ada 'standby' satu tiub krim Serbaguna Herbal Blend ini ya...

Untuk tempahan bagi memiliki Krim Serbaguna Herbal Blend ini..Anda boleh menghubungi saya secara terus ditalian atau wassap 0172569166

Untuk harga lebih jimat poket..Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah. Anda akan memperolehi diskaun sehingga 15%-20%.

Penghantaran percuma bagi anda yang berada disekitar Bandar Sri Sendayan,Seremban dan Port Dickson dan penghantaran melalui kurier bagi seluruh Malaysia.

Saturday, April 11, 2020

Minuman Yang Menyegarkan Ketika Berbuka Puasa

Saturday, April 11, 2020 0 Comments


Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan.Nampak gayanya, bulan Ramadhan tahun ini kita berada didalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan fasa ke3.

Tiada bazar Ramadhan..Tiada solat terawih dimasjid.Semua ini adalah kerana untuk mengelakkan penularan wabak covid19 daripada terus merebak.

Walaupun tidak dapat pergi ke bazar Ramadhan seperti kebiasaan.Kita masih boleh menyediakan juadah berbuka puasa dirumah. 

Juadah yang simple pun sudah memadai dan kadangkala lebih membuka selera.

Usah dilupakan dan wajib disediakan diatas meja makan. Bancuhan air Performance Drink yang berkhasiat buat sessi keluarga..

Campuran Performance Drink bersama ais dicampur dengan Asam Boi dan Serai.Pastinya enak diminum ketika berbuka puasa.

Lebih-lebih lagi ketika tekak kering sepanjang hari selepas seharian berpuasa.Rasa sejuk je air bancuhan performance drink tadi lalu kat tekak.

Pastinya hilang haus dan dahaga tadi..

Performance Drink merupakan minuman Isotonik yang sesuai untuk semua ahli keluarga.Banyak manafaat daripada daripada Performance Drink ini.

Berita baik buat anda..Sekarang nie sedang berlansung promosi Performance Drink dengan harga yang lebih murah daripada biasa

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Performance Drink..

Ramadhan nanti dapat hidangkan minuman Isotonik yang berkhasiat buat keluarga tersayang..

Bagi sebarang pertanyàan atau tempahan boleh menghubungi saya terus ditalian 0172569166.

Untuk mendapatkan harga lebih murah sebanyak 15%-20% boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah.

Penghantaran percuma bagi anda yang berada disekitar Bandar Sri Sendayan,Seremban dan Port Dickson.

Friday, April 10, 2020

Makanan Tambahan Buat Anak Kesayangan

Friday, April 10, 2020 0 Comments

Pastinya sebagai ibubapa kita ingin melihat anak kesayangan sentiasa sihat,aktif,cergas dan ceria.

Sekiranya anak jatuh sakit walaupun hanya demam biasa sekalipun.Hati ibu ini sudah menjadi gundah gulana. 

Siapa yang tak sayang anak kan...

Mengekalkan sistem imun yang sihat adalah amat penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Kanak-kanak yang memiliki sistem imun yang kuat dan sihat mempunyai ketahanan badan untuk melawan penyakit dan jangkitan daripada kuman,bakteria,virus dan kulat. 

Manakala, anak-anak yang mempunyai sistem imun yang lemah akan mudah mendapat penyakit seperti demam,selsema dan terdedah kepada penyakit yang lebih serius.

Pasa masa ini, kos rawatan juga agak mahal.Bayangkan sekiranya hampir setiap bulan anak perlu mendapatkan rawatan diklinik. Sudah pastinya,ianya akan mencecah ratusan ringgit.

Dan sampai bila kita sebagai ibubapa sanggup berulang alik ke klinik dan memberikan anak-anak kita ubat-ubatan yang tinggi dosnya...

Mencegah lebih baik dari mengubati..

Dengan pengambilan supplement membantu anak-anak mendapat sokongan nutrisi yang diperlukan untuk badan yang sihat.

Sekaligus,ianya mampu meningkatkan sistem imun dan mengurangkan risiko penyakit berjangkit.

Selain daripada itu,imun badan yang kuat membolehkan anak cepat sembuh daripada penyakit.

Antara supplement daripada Shaklee yang boleh dicadangkan buat anak kesayangan adalah Vitalea for Children dan Chewable Vitamin C.Kedua-dua vitamin ini terbukti membantu meningkatkan imun tubuh dengan selamat.
Kedua-dua vitamin ini tidak mengandungi perasa tiruan,pewarna tiruan dan juga gula.

Dengan pengambilan supplement buat anak ianya adalah cara mudah dan ringkas untuk memastikan anak memperoleh nutrisi yang lengkap untuk tubuh badan yang sihat.

Anak-Anak saya diantara peminat vitamin shaklee buat kanak-kanak nie.Kadangkala apabila saya lupa untuk memberi mereka vitamin C..Merekalah yang tolong ingatkan..



"Mama,hari nie tak makan vitamin C lagi.." "Mama,boleh tak nak makan vitamin C nie banyak-banyak..."

Dan apabila dah dapat vitamin dikunyah-kunyahnya macam makan gula-gula.Saya terpaksa sorokkan botol vitamin C ini kerana apabila ternampak botol vitamin nie mulalah merengek meminta untuk makan vitamin saja.

Testimoni sendiri..Memang banyak perubahan semenjak anak-anak saya mengamalkan Chewable Vitamin C nie..Selera makan bertambah..Kurang selsema dan jarang-jarang demam..

Sekiranya ditadika ramai kawan-kawan yang seangkatan mereka menghidapi demam dan selsema.Alhamdulillah, dengan izin Allah. Anak-anak saya terhindar darinya..

Sebagai ibu dan ayah pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak..Anak sihat,cergas,ceria membuatkan ibu dan ayah tenang sentiasa.

Ibu ayah mahu dapatkan chewable vitamin C dan Vitalea for Children ini boleh menghubungi terus saya ditalian 0172569166.

Penghantaran percuma bagi anda yang berada disekitar Seremban,Bandar Sri Sendayan dan Port Dickson

Thursday, April 09, 2020

Hikmah Di Sebalik Perintah Kawalan Pergerakan

Thursday, April 09, 2020 0 Comments

Assalamualaikum…

Catatan bertarikh 9 April 2020…



Kembali menjenguk blog yang dah lama bersawang ini. Ketika enrty ini di tulis. Saya dan keseluruhan rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan selama 23 hari bermula 18 March 2020 sehingga pada suatu tarikh yang masih tidak pasti.

Di dalam hati ini, berharap sangat-sangat agar tempoh ini tidak berlanjutan ke fasa seterusnya.

Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan adalah di sebabkan oleh virus yang bernama Covid-19.

Hanya kerana virus yang bernama COVID-19 inilah menjadi punca kepada seluruh dunia berada di dalam ketakutan dan keresahan.

Keadaan tidak lagi seperi sediakala.

Jika dahulu kita bebas ke sana ke mari. Bebas melakukan apa saja selagi tidak lagi melanggar undang-undang dan ajaran agama.

Namun, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan ini. Pergerakan menjadi terbatas. Aktiviti luar terpaksa dikurangkan. Banyak kedai-kedai ditutup cuma pasaraya dan tempat membeli keperluan makanan saja dibuka

Anak-anak yang bersekolah dan yang berada di pusat pengajian tinggi juga tidak dibenarkan ke sekolah.

 Masjid juga ditutup. Tiada lagi solat berjemaah di masjid sehinggakan Solat Jumaat juga tidak dibenarkan. Sedih rasa hati apabila melihat pintu masjid ditutup.

Walaupun saya bukanlah seorang yang kerap berjemaah dimasjid. Namun, apabila melihatkan pintu masjid ditutup.Hiba dan sedih terbit juga dihati ini.

Tidak dapat pergi bekerja seperti sebelumnya. Harga minyak jatuh menjunam sehingga kan 1.30sen per litre. Keadaan ekonomi dunia meleset teruk.

Bagi mengelakkan virus ini terus merebak dan membahayakan orang ramai. Kita hanya perlu sentiasa berada dirumah dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

 Diantara Langkah-langkah pencegahan yang boleh dikongsikan di sini adalah:




Jika direnungkan kembali, impak Perintah Kawalan Pergerakan ini kepada diri dan keluarga. Ada sudut positif di dalam kehidupan seharian. Sekaligus memberi kesedaran kepada diri betapa pentingnya hubungan kekeluargaan.

 Jika sebelum ini, ibu dan ayah asyik sibuk dengan kerja-kerja dipejabat. Sehinggakan tiada masa lansung berada dirumah. Rumah yang didiami hanya tempat menukar baju dan membersihkan diri

Namun di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, di dalam rumah yang didiami bersama ahli keluarga inilah mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan yang dahulunya renggang
.
Jika sebelum ini, ibu ayah juga tiada masa untuk anak-anak. Kadangkala hanya beberapa jam sahaja berada disamping anak-anak.

Nah, sekarang inilah masanya untuk bersama anak-anak yang sedang membesar. Melihatkan perangai dan keletahnya. Kadangkala tencabar jua kesabaran. Namun, itulah pengalaman di dalam membesarkan anak-anak.

Mungkin satu hari nanti itulah memori yang akan dikenang apabila anak-anak dewasa kelak.

Jika sebelum ini, kita asyik makan di restoren, gerai atau kedai-kedai makan. Inilah masanya kita menikmati air tangan isteri, ibu atau saudara perempuan kita.

Ini membuatkan kita lebih menghargai mereka dan merasai air tangan isteri atau ibu. Sekaligus membuka peluang untuk ibu-ibu mempelajari resepi-resepi baru untuk dihidangkan buat ahli keluarga.

Jika sebelum ini, kita tidak mengambil kisah tentang kebersihan seperti mencuci tangan. Dan inilah masanya kita mengubah tabiat dengan menitik beratkan kebersihan.

Apapun yang terjadi, terpulang pada diri sendiri bagaimana untuk menilai sesuatu yang terjadi itu. Jika sudut positif yang kita ambil dan fikirkan. Maka aura positif akan sentiasa bersama kita.

Apabila direnungkan kembali Surah Ibrahim ayat 7:

Jika kamu berterima kasih (bersyukur) nescaya ku tambah nikmat yang ada padaMU, tetapi jika kamu kufur (tidak mahu berterima kasih), sesungguhnya seksaku amat pedih”

Mari kita renung-renungkan…
Doakan semoga virus Covid 19 ini agar segera terhapus. Agar dapat kita menjalani kehidupan seperti sediakala.