Follow Us @soratemplates

Sunday, April 19, 2020

5 Tips Menghadapi Anak Yang Malas Belajar


Anak kurang rajin belajar antara topik yang sering menjadi perbualan dikalangan ibuayah. Keadaan ini akan menjadi kebimbangan ibuayah apabila anak tersebut bakal menghadapi peperiksaan besar.

Bagi menghadapi masalah ini ibuayah perlu bekerjasama dan bergandingan untuk menarik minat anak untuk belajar.

Si ayah tidak boleh hanya berharap kepada ibu untuk mengajar anak.Sebagai contoh hanya ibu saja yang mengajar anak tetapi si ayah tidak mengambil tahu mengenai pelajaran anak.

Atau didalam situasi lain.Si anak sedang belajar tetapi terdapat gangguan daripada bunyi televisyen yang kuat daripada ruang tamu.

Didalam sedar atau tidak, contoh tadi menjadi punca mengapa anak tidak berminat atau menjadi kurang berminat untuk belajar.

Di zaman yang serba canggih ini,pengunaan telefon bimbit atau gajet juga menjadi cabaran buat ibu ayah didalam menarik minat anak untuk belajar.

Dikongsikan 5 Tips bagi Menghadapi anak yang kurang minat belajar ini.Agar nanti dapat memberi manafaat kepada semua pembaca blog ini.

1.SEDIAKAN JADUAL BELAJAR UNTUK ANAK

Sediakan jadual belajar untuk anak.Agar anak lebih berdisplin didalam belajar dan mengetahui waktu belajar,bermain dan beriadah sudah pun ditetapkan.

Bagi menyediakan jadual belajar yang menarik minat anak selitkan aktiviti-aktiviti kreatif atau kraftangan didalam jadual tersebut.

2.SOKONGAN DARIPADA IBUAYAH.
Apabila anak sedang belajar ibu ayah perlukah memberi sokongan dan tunjuk ajar.Jadikan aktiviti anak yang belajar ini sebagai satu aktiviti keluarga.

Sekiranya perlu tutup TV ketika anak sedang belajar.Tutuplah TV itu sementara anak sedang belajar.Begitu juga dengan pengunaan telefon bimbit.

Untuk belajar dan terus belajar anak-anak sememangnya memerlukan sokongan daripada ibu ayah dirumah.

3.MOTIVASI DAN KESEDARAN
Ibu ayah juga perlu menanamkan kesedaran kepada anak-anak tentang pentingnya menuntut ilmu.Ilmu ini amat berguna pada kehidupan di masa akan datang.

Kata-kata motivasi dan galakan daripada ibu ayah pastinya akan meningkatkan lagi Semangat anak-anak untuk lebih rajin belajar.

4. SEDIAKAN TEMPAT BELAJAR YANG SESUAI
Suasana juga mempengaruhi minat anak untuk belajar.Sediakan tempat khas atau ruang khas untuk anak belajar.

Tempat tersebut haruslah jauh dari gangguan televisyen atau perkara-perkara yang boleh menyebabkan tumpuan anak terganggu ketika belajar.

5.DOA

Doa ibu adalah diantara yang paling mustajab dan ditlmakbulkan oleh Allah swt. Ibu ayah titipkanlah doa yang baik-baik buat anak kesayangan.Moga Allah lembutkan hati anak untuk belajar dan menerima nasihat.

Seterusnya, mudah didalam urusan pembelajaran.

Berikut adalah sedikit tips yang boleh dikongsikan.Dapat simpulkan ibuayahlah berperanan didalam membentuk lantas mendidik anak-anak.

Agar anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang dan berguna kepada keluarga,bangsa dan agama satu hari nanti. 

Moga bermanafaat buat semua pembaca blog ini...





No comments:

Post a comment