Follow Us @soratemplates

Thursday, April 09, 2020

Hikmah Di Sebalik Perintah Kawalan Pergerakan


Assalamualaikum…

Catatan bertarikh 9 April 2020…



Kembali menjenguk blog yang dah lama bersawang ini. Ketika enrty ini di tulis. Saya dan keseluruhan rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan selama 23 hari bermula 18 March 2020 sehingga pada suatu tarikh yang masih tidak pasti.

Di dalam hati ini, berharap sangat-sangat agar tempoh ini tidak berlanjutan ke fasa seterusnya.

Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan adalah di sebabkan oleh virus yang bernama Covid-19.

Hanya kerana virus yang bernama COVID-19 inilah menjadi punca kepada seluruh dunia berada di dalam ketakutan dan keresahan.

Keadaan tidak lagi seperi sediakala.

Jika dahulu kita bebas ke sana ke mari. Bebas melakukan apa saja selagi tidak lagi melanggar undang-undang dan ajaran agama.

Namun, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan ini. Pergerakan menjadi terbatas. Aktiviti luar terpaksa dikurangkan. Banyak kedai-kedai ditutup cuma pasaraya dan tempat membeli keperluan makanan saja dibuka

Anak-anak yang bersekolah dan yang berada di pusat pengajian tinggi juga tidak dibenarkan ke sekolah.

 Masjid juga ditutup. Tiada lagi solat berjemaah di masjid sehinggakan Solat Jumaat juga tidak dibenarkan. Sedih rasa hati apabila melihat pintu masjid ditutup.

Walaupun saya bukanlah seorang yang kerap berjemaah dimasjid. Namun, apabila melihatkan pintu masjid ditutup.Hiba dan sedih terbit juga dihati ini.

Tidak dapat pergi bekerja seperti sebelumnya. Harga minyak jatuh menjunam sehingga kan 1.30sen per litre. Keadaan ekonomi dunia meleset teruk.

Bagi mengelakkan virus ini terus merebak dan membahayakan orang ramai. Kita hanya perlu sentiasa berada dirumah dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

 Diantara Langkah-langkah pencegahan yang boleh dikongsikan di sini adalah:




Jika direnungkan kembali, impak Perintah Kawalan Pergerakan ini kepada diri dan keluarga. Ada sudut positif di dalam kehidupan seharian. Sekaligus memberi kesedaran kepada diri betapa pentingnya hubungan kekeluargaan.

 Jika sebelum ini, ibu dan ayah asyik sibuk dengan kerja-kerja dipejabat. Sehinggakan tiada masa lansung berada dirumah. Rumah yang didiami hanya tempat menukar baju dan membersihkan diri

Namun di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, di dalam rumah yang didiami bersama ahli keluarga inilah mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan yang dahulunya renggang
.
Jika sebelum ini, ibu ayah juga tiada masa untuk anak-anak. Kadangkala hanya beberapa jam sahaja berada disamping anak-anak.

Nah, sekarang inilah masanya untuk bersama anak-anak yang sedang membesar. Melihatkan perangai dan keletahnya. Kadangkala tencabar jua kesabaran. Namun, itulah pengalaman di dalam membesarkan anak-anak.

Mungkin satu hari nanti itulah memori yang akan dikenang apabila anak-anak dewasa kelak.

Jika sebelum ini, kita asyik makan di restoren, gerai atau kedai-kedai makan. Inilah masanya kita menikmati air tangan isteri, ibu atau saudara perempuan kita.

Ini membuatkan kita lebih menghargai mereka dan merasai air tangan isteri atau ibu. Sekaligus membuka peluang untuk ibu-ibu mempelajari resepi-resepi baru untuk dihidangkan buat ahli keluarga.

Jika sebelum ini, kita tidak mengambil kisah tentang kebersihan seperti mencuci tangan. Dan inilah masanya kita mengubah tabiat dengan menitik beratkan kebersihan.

Apapun yang terjadi, terpulang pada diri sendiri bagaimana untuk menilai sesuatu yang terjadi itu. Jika sudut positif yang kita ambil dan fikirkan. Maka aura positif akan sentiasa bersama kita.

Apabila direnungkan kembali Surah Ibrahim ayat 7:

Jika kamu berterima kasih (bersyukur) nescaya ku tambah nikmat yang ada padaMU, tetapi jika kamu kufur (tidak mahu berterima kasih), sesungguhnya seksaku amat pedih”

Mari kita renung-renungkan…
Doakan semoga virus Covid 19 ini agar segera terhapus. Agar dapat kita menjalani kehidupan seperti sediakala.


No comments:

Post a comment