Follow Us @soratemplates

Monday, April 13, 2020

Resepi Kuah Kacang Sedap dan Mudah Di Sediakan

Nak dapatkan kuah kacang yang sedap dan kena dengan tekak bukannya mudah.Saya dah cuba berbagai resepi.Adakalanya tak menjadi dan tak kena dengan tekak..

Ada masanya pula..Menjadi kuah kacang yang dihasilkan rasanya sedap dan secukup rasa.Sesuailah dimakan bersama keluarga.

Disebabkan musim Perintah Kawalan Pergerakan nie nak dikatakan setiap hari memasak juadah untuk keluarga.

Jadinya,semalam saya cuba menyediakan nasi impit dan kuah kacang.

Kali nie kuah kacang yang saya sediakan.Alhamdulillah menjadi pula dan rasanya sedap dan secukup rasa.

Bolehlah diberikan lima bintang kepada kuah kacang tersebut...Hehehe angkat bakul kan..

Siapa lagi nak puji,kalau bukan sendiri masak,sendiri bagi pujian..


Meh,sini saya sharekan resepinya..
Saya dapat resepi ini pun dari Facebook.

Tujuan saya letakkan resepi ini disini agar boleh menjadi rujukan buat saya dan pembaca blog ini.

Resepi Kuah kacang gerenti sedap

4 cwn kacang tanah
4 sudu besar Cili kering
Gula merah stgh cawan..Yang ini saya gantikan dengan gula anau ya
Gula putih setengah cawan
Bawang kecik 4 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Setengah inci halia
1 inci lengkuas (Semua di atas bland ya)
Serai 2 batang..ketuk-ketuk sikit dengan lesung batu
Satu cawan air asam jawa.
Asam jawa dah habis kat rumah nie.Saya gantikan dengan Asam keping sebanyak 2 keping
3 cawan air biasa( kalau pekat  tambah lagi air ya)
Garam ,Gula dgn Seketul Pati Ayam knoss
 
 Cara-caranya
Goreng kacangg tanah ... 
kemudian ketepikan dan buang kulit kacang tadi.Dah sejuk kacang bland kasar-kasar.

 Tumiskan Bahan bahan yang di bland tadi sampai pecah minyak... 
Masukkan Serai , Air Asam jawa,  Sedikit Garam ,Gula dgn Pati Ayam ..Masak sampai mendidih...

Akhir sekali masukkan kacang tanah dengan 3 cawan air biasa.
Kalau pekat tambah air lagi..Masak sampai kuah pekat dan tutup api
.
Dah siap boleh dihidangkan bersama nasi impit atau satay..

Selamat mencuba ya...Raya nanti dah boleh hidangkan kuah kacang buat tetamu atau sanak saudara yang datang beraya.

No comments:

Post a comment