Follow Us @soratemplates

Monday, May 04, 2020

Apakah itu HIPERGLISEMIA

Monday, May 04, 2020 1 Comments

Hiperglisemia merupakan salah satu isitilah yang popular dikalangan pesakit diabetes.

Ianya terjadi apabila paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi dan pesakit gagal mengawal gula didalam darah dengan baik.

Punca-punca Hiperglisemia ini terjadi  kerana insulin dalam badan tidak cukup untuk menampung paras gula yang tinggi didalam badan.

Antara faktor lain terjadinya Hiperglisemia adalah kerana

1) Pesakit lupa mengambil ubat atau mengambil ubat kurang daripada yang disarankan oleh doktor termasuk suntikan insulin

2) Tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat atau makan makanan yang mengandung kadar gula yang tinggi.


3) Tidak sihat,jangkitan kuman, serangan jantung atau strok atau tekanan dimana badan memerlukan kadar insulin yang tinggi

4) Tiada aktiviti fizikal,kurang bergerak atau kurang bersenam

5) Kerap memakan ubat berjenis steroid.

Tanda-tanda pesakit Diabetes yang mengalami Hiperglisemia.

1) Kerap haus atau dahaga yang melampau

2) Pening Kepala

3) Penglihatan kabur

4) Kerap membuang air kecil

5) Lemah badan,letih dah lesu sepanjang hari

6) Mulut dan kulit menjadi kering

Sekiranya terjadi Hiperglisemia pesakit dinasihatkan seimbangkan pengambilan makanan, membuat sedikit aktiviti  fizikal seperti senaman ringan dan makan ubat yang disarankan untuk mengawal kadar glukos dalam badan..

Jika masih berterusan.Segeralah mendapat nasihat doktor

Bagi mengawal Hiperglisemia atau diabetis daripada terus melarat pengambilan supplement juga digalakkan buat pesakit.

Setiap satu supplement tersebut mempunyai peranan terbaik dan kelengkapan nutrisi buat kesihatan tubuh pesakit diabetes.

Peranan Supplement Shaklee bagi pesakit Diabetes..

ESP- Menyihatkan sel dan indeks glisemik yang rendah
Alfafa-Menstabilkan gula dalam darah
Vitalea-Membekalkan vitamin dan mineral yang lengkap
Zinc Complex - Membantu menghasilkan insulin dan mempercepatkan penyembuhan luka 
Gla- menghalang kompilasi semasa diabetes dan bagus untuk saraf 
B complex- Berperanan menukarkan gula dalam badan kepada tenaga.

Anda ingin dapatkan supplement bagi mengawal diabetis atau sebarang pertanyĆ an berkenaan produk Sgaklee.

Boleh whatsapp saya ditalian dibawah.
https://wa.me/60172569166?text=shakleeproduct





Sunday, May 03, 2020

Kepentingan Pengambilan DHA bagi Kanak-kanak Dan Ibu Mengandung

Sunday, May 03, 2020 0 Comments


DHA atau nama saintifiknya Dokosaheksaenoik yang merupakan sejenis asid lemak omega 3 iaitu nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan otak kanak-kanak.
DHA boleh didapati didalam makanan seperti ikan salmon,ikan mackerel dan ikan sardin. 

Menurut kajian, pengambilan DHA adalah sangat penting didalam perkembangan otak dan mata kanak-kanak.



Disebabkan itulah kebanyakan makanan dan minuman kanak-kanak dilengkapi dengan DHA.

Manakala, wanita hamil juga digalakkan mengambil DHA didalam diet mereka atau mengamalkan supplement yang mengandungi DHA disepanjang tempoh kehamilan.Bagi membentuk perkembangan otak bayi yang sihat disepanjang tempoh kehamilan.

Pengambilan DHA semasa mengandung dipercayai dapat meningkatkan minda bayi sehingga usianya 4 tahun.Dengan itu, ibu mengandung disarankan mengambil 400mg DHA sehari

Diantara manafaat atau kebaikan yang diperolehi oleh ibu hamil sekiranya mendapat DHA secukupnya adalah seperti:

1. Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.

2. Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan

3. Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi

4. Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Manakala, pentingnya khasiat DHA untuk bayi yang baru lahir ianya mampu membantu memudahkan pergerakan tangan dan penglihatan mata dengan lebih baik sehingga bayi tersebut berumur dua tahun.

Bagi ibu yang menyusukan anak pula, sememangnya perlu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 400mg DHA setiap hari.




Manakala, bagi bayi yang berusia 6 bulan sehingga 2 tahun pengambilan DHA dapat membantu mengeluarkan hormon yang penting untuk perkembangan minda bayi.

Semasa anak berusia 2 tahun hingga 5 tahun pengambilan 200mg DHA sehari adalah amat penting bagi mengelakkan anak mengalami masalah penglihatan atau kemurungan.

Kajian membuktikan bahawa anak yang cukup menerima DHA akan membantu lebih fokus didalam kelas dan meningkatkan fungsi otak.

Dimana sel-sel otak berhubung dengan pantas.




Bagi anak yang kurang mendapat DHA sering dikaitkan dengan sukar mengingat dan lambat membaca.

Tercari-cari bekalan DHA harian yang mudah diamalkan serta mempunyai perbagai kebaikan bagi ibu yang sedang mengandung,bayi yang bakal dilahirkan dan anak yang sedang membesar.

Jawapannya adalah pengambilan Omega Guard yang dikenali sebagai Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi.



No

Ingin mendapatkan bekalan DHA harian buat ibu mengandung dan anak.

Boleh hubungi saya secara terus ditalian 0172569166.

Resepi Kek Oren Yang Mudah Disediakan Mengikut Sukatan Cawan

Sunday, May 03, 2020 0 Comments

Jom buat kek!!!

Dah lama sangat rasanya tak buat kek oren nie..Masa mula-mula belajar buat kek dulu..Kek oren ini lah diantara kek yang cuba untuk dihasilkan..

Pernah sekali tersalah ikut resepi..Tak menjadi kek nya..Takpe..Takpe itu semua pengalaman.
Biasalah..Kita bukannya terer sangat dalam membaking nie..Kek yang tak menjadi ini perkara biasa..

Hari nie nak kongsikan resepi kek oren yang saya cuba tempohari..Alhamdulillah..berkat ikut satu per satu step resepi tadi..

Berjaya hasilkan kek oren yang sedap lagi membuka selera gitew...

Dah tinggal separuh...laris kek mama hari nie..

Jom intai-intai resepi dibawah ya...

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan mentega -Saya guna majerin pelangi je
1 1/2 cawan gula castor
6 biji telur
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar perahan limau Sunkist 
1 sudu parutan kulit limau Sunkist
2 sudu besar Oren Sunquick
Pewarna Oren

Cara-caranya adalah...
1.Pukul mentaga + gula hingga kembang
2.Masukkan telur sedikit demi sedikit, putar dgn kelajuan tinggi
3.Masukkan tepung berselang seli dgn perahan jus+oren sunquick+baking powder+Pewarna oren+parutan kulit limau
4.Masukkan adunan ke dlm loyang yg disapu butter
5.Bakar 45 minit~ 1 jam dgn suhu  180 ~200 degrees.

Bila dah masak..Keluarkan daripada ovendan tunggu sampai sejuk.Baru boleh dipotong.Potong ikut kesukaan anda ya..

Taraaa....Selamat mencuba dan Selamat menjamu selera..

Saturday, May 02, 2020

5 Tips Latih Anak Berpuasa

Saturday, May 02, 2020 0 Comments
Hari ini masuk hari ke 9 kita berpuasa.Ada sedikit kelainan berpuasa tahun ini daripada tahun sebelumnya kerana masih lagi berada didalam tempoh Kawalan Pergerakan fasa ke 4 yang bermula dari 29 April sehinggalah 12 Mei 2020 nanti.

Ada kelebihan yang dinikmati sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini.Anak-anak dapat berpuasa sepenuhnya dirumah dan dipantau oleh ibu dan ayah yang tidak bekerja.

Dapatlah melihat didepan mata sambil melayan kerenah anak-anak yang baru belajar untuk berpuasa.

Nak dijadikan cerita.Anak yang baru belajar puasa nie macam-macam keletah dan gelagatnya..Ala...macam kita kecik-kecik dulu laa...Begitulah seumpamanya..

Kat rumah nie..Sufiya baru belajar berpuasa.Hari pertama dia berpuasa.Terbaring keletihan saja..Sekejap-sekejap beliau akan bertanya...Mama,dah pukul berapa yea..Mama,berapa lama lagi kita nak berbuka puasa..Sehari tue banyak kali jugak lah soalan yang sama diajukan kepada saya.


Rasanya, mak-mak diluar sana pun pasti menghadapi situasi yang sama seperti saya.

Tanpa lengah lagi..Jom kita tengok tips apa yang boleh dilakukan bagi melatih anak kesayangan kita berpuasa sehingga ke penghujung Ramadhan nanti..

1. Ajar anak berpuasa secara berperingkat.

Berikan pendedahan awal dengan bercerita kepada anak tentang puasa,sahur dan bulan Ramadhan.Ataupun pasangkan lagu daripada kumpulan Raihan yang mendendangkan niat berpuasa.

Apabila anak-anak tahu serba sedikit tentang puasa.Mereka akan lebih bersemangat untuk cuba berpuasa.

Harus diingatkan....Jangan paksa anak berpuasa agar mereka tidak memberontak.Mulakan berpuasa dengan beberapa jam sahaja dahulu dan keesokannya ditambah sehingga ke waktu berbuka.

Pujuk dengan berhemah dan pastinya anak akan berjaya melengkapkan puasa satu hari penuh.

Perasaan saya,apabila melihat anak sudah pandai berpuasa penuh..Tetiba rasa sedih bercampur gumbira dan terharu pula dalam hati nie..Dalam hati berbisik,wah dah besar dah anak nie..Sudah pandai berpuasa..Biasalah mak-mak nie kan sensitip sikit..hehehheehee.

2.Masakan lauk kegemaran anak ketika berbuka atau bersahur

Saat berbuka adalah saat yang dinantikan.Apabila tiba waktu berbuka,rasa segar je badan. Bukan anak-anak saja.Kita yang dewasa ini pun turut sama juga.

Ibu-ibu boleh sediakan juadah kegemaran anak-anak ketika berbuka atau bersahur.Ini menambahkan lagi semangat anak untuk berpuasa keesokannya..

Tambahan pula,membuatkan rasa mereka lebih dihargai serta menambahkan selera makan anak tersebut.

Lauk yang simple dan mudah disediakan juga boleh menambat selera makan anak sebabnya juadah tadi disediakan dengan penuh kasih sayang...Tak gitew mak-mak semua..

Sambal telur hancur...Kegemaran Sufiya sepanjang bulan puasa nie..

3. Sediakan berbagai aktiviti yang menarik yang membuat masa terasa pantas berlalu.

Apabila ada aktiviti tersebut,dapat mengalihkan rasa rasa lapar tadi dan tidak terasa menunggu lama sehingga ke petang.

Ianya juga dapat mengelakkan daripada rasa bosan dan dapat mengeratkan hubungan sessi keluarga.

4. Sediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang buat anak yang berpuasa.

Puasa tetap puasa.Makanan yang seimbang harus juga diberikan kepada anak yang sedang berpuasa.

Lebih-lebih lagi anak yang baru belajar berpuasa.Mereka lebih cenderung untuk muntah,dehidrasi,pening atau kembung perut..

Bawalah berjumpa doktor sekiranya anak mengalami masalah kesihatan ketika berpuasa.

5.Berikan Pujian atau Hadiah apabila anak berjaya berpuasa..

Tahniah..Anak berjaya berpuasa dengan jayanya.
Sebagai tanda galakkan dan sokongan berilah hadiah ataupun pujian buat anak tadi..
Pastinya mereka gembira dan bersemangat untuk terus berpuasa pada hari keesokkannya dan ditahun-tahun seterusnya.. 

Selamat berpuasa buat anak-anak diluar sana.Percayalah, pengalaman berpuasa sewaktu kecil inilah akan menjadi kenangan Manis apabila anak dewasa kelak. 

Ibu ayah pula perlulah sediakanlah makanan yang lengkap nutrisi dan berkhasiat buat anak-anak yang baru saja belajar berpuasa ini.

Untuk penyediaan menu yang mudah serta melengkapkan nutrisi tubuh anak kesayangan.

Sediakanlah bancuhan mealshake daripada Shaklee  dan berikanlah Multivitamin Vitalea for Kids buat anak ketika bersahur atau waktu berbuka puasa.


Ianya kaya dengan nutrisi lengkap dan khasiat yang baik bagi perkembangan anak.Malah membuatkan anak lebih bertenaga dan cergas sepanjang hari serta seronok menjalani ibadah puasa.

Kebaikan Mealshake ini..
- Rasa vanilla yang sedap.Anak -anak pasti menyukainya.
- Kaya dengan protein yang menyihatkan del
-Mengandung zinc dan b-complex yang membentuk sel darah merah yang sihat.
-Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral
-Tiada pewarna dan perisa tiruan


Kebaikan Vitalea For Children
Rasanya anggur yang sedap.Tidak mengandung pewarna dan perisa tiruan.

Berbagai keperluan vitamin yang diperlukan buat Tubuh anak kesayangan.

Bagi tempahan mealshake buat anak kesayangan dan Multivitamin Vitalea for Kids.Anda boleh whatsapp saya terus dilink dibawah
http://www.wasap.my/60172569166

Bagi anda yang berada disekitar Bandar Sri Sendayan,Seremban dan Port Dickson penghantaran ke rumah anda juga disediakan.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia juga disediakan buat anda yang berminat.