Follow Us @soratemplates

Saturday, May 02, 2020

5 Tips Latih Anak Berpuasa

Hari ini masuk hari ke 9 kita berpuasa.Ada sedikit kelainan berpuasa tahun ini daripada tahun sebelumnya kerana masih lagi berada didalam tempoh Kawalan Pergerakan fasa ke 4 yang bermula dari 29 April sehinggalah 12 Mei 2020 nanti.

Ada kelebihan yang dinikmati sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini.Anak-anak dapat berpuasa sepenuhnya dirumah dan dipantau oleh ibu dan ayah yang tidak bekerja.

Dapatlah melihat didepan mata sambil melayan kerenah anak-anak yang baru belajar untuk berpuasa.

Nak dijadikan cerita.Anak yang baru belajar puasa nie macam-macam keletah dan gelagatnya..Ala...macam kita kecik-kecik dulu laa...Begitulah seumpamanya..

Kat rumah nie..Sufiya baru belajar berpuasa.Hari pertama dia berpuasa.Terbaring keletihan saja..Sekejap-sekejap beliau akan bertanya...Mama,dah pukul berapa yea..Mama,berapa lama lagi kita nak berbuka puasa..Sehari tue banyak kali jugak lah soalan yang sama diajukan kepada saya.


Rasanya, mak-mak diluar sana pun pasti menghadapi situasi yang sama seperti saya.

Tanpa lengah lagi..Jom kita tengok tips apa yang boleh dilakukan bagi melatih anak kesayangan kita berpuasa sehingga ke penghujung Ramadhan nanti..

1. Ajar anak berpuasa secara berperingkat.

Berikan pendedahan awal dengan bercerita kepada anak tentang puasa,sahur dan bulan Ramadhan.Ataupun pasangkan lagu daripada kumpulan Raihan yang mendendangkan niat berpuasa.

Apabila anak-anak tahu serba sedikit tentang puasa.Mereka akan lebih bersemangat untuk cuba berpuasa.

Harus diingatkan....Jangan paksa anak berpuasa agar mereka tidak memberontak.Mulakan berpuasa dengan beberapa jam sahaja dahulu dan keesokannya ditambah sehingga ke waktu berbuka.

Pujuk dengan berhemah dan pastinya anak akan berjaya melengkapkan puasa satu hari penuh.

Perasaan saya,apabila melihat anak sudah pandai berpuasa penuh..Tetiba rasa sedih bercampur gumbira dan terharu pula dalam hati nie..Dalam hati berbisik,wah dah besar dah anak nie..Sudah pandai berpuasa..Biasalah mak-mak nie kan sensitip sikit..hehehheehee.

2.Masakan lauk kegemaran anak ketika berbuka atau bersahur

Saat berbuka adalah saat yang dinantikan.Apabila tiba waktu berbuka,rasa segar je badan. Bukan anak-anak saja.Kita yang dewasa ini pun turut sama juga.

Ibu-ibu boleh sediakan juadah kegemaran anak-anak ketika berbuka atau bersahur.Ini menambahkan lagi semangat anak untuk berpuasa keesokannya..

Tambahan pula,membuatkan rasa mereka lebih dihargai serta menambahkan selera makan anak tersebut.

Lauk yang simple dan mudah disediakan juga boleh menambat selera makan anak sebabnya juadah tadi disediakan dengan penuh kasih sayang...Tak gitew mak-mak semua..

Sambal telur hancur...Kegemaran Sufiya sepanjang bulan puasa nie..

3. Sediakan berbagai aktiviti yang menarik yang membuat masa terasa pantas berlalu.

Apabila ada aktiviti tersebut,dapat mengalihkan rasa rasa lapar tadi dan tidak terasa menunggu lama sehingga ke petang.

Ianya juga dapat mengelakkan daripada rasa bosan dan dapat mengeratkan hubungan sessi keluarga.

4. Sediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang buat anak yang berpuasa.

Puasa tetap puasa.Makanan yang seimbang harus juga diberikan kepada anak yang sedang berpuasa.

Lebih-lebih lagi anak yang baru belajar berpuasa.Mereka lebih cenderung untuk muntah,dehidrasi,pening atau kembung perut..

Bawalah berjumpa doktor sekiranya anak mengalami masalah kesihatan ketika berpuasa.

5.Berikan Pujian atau Hadiah apabila anak berjaya berpuasa..

Tahniah..Anak berjaya berpuasa dengan jayanya.
Sebagai tanda galakkan dan sokongan berilah hadiah ataupun pujian buat anak tadi..
Pastinya mereka gembira dan bersemangat untuk terus berpuasa pada hari keesokkannya dan ditahun-tahun seterusnya.. 

Selamat berpuasa buat anak-anak diluar sana.Percayalah, pengalaman berpuasa sewaktu kecil inilah akan menjadi kenangan Manis apabila anak dewasa kelak. 

Ibu ayah pula perlulah sediakanlah makanan yang lengkap nutrisi dan berkhasiat buat anak-anak yang baru saja belajar berpuasa ini.

Untuk penyediaan menu yang mudah serta melengkapkan nutrisi tubuh anak kesayangan.

Sediakanlah bancuhan mealshake daripada Shaklee  dan berikanlah Multivitamin Vitalea for Kids buat anak ketika bersahur atau waktu berbuka puasa.


Ianya kaya dengan nutrisi lengkap dan khasiat yang baik bagi perkembangan anak.Malah membuatkan anak lebih bertenaga dan cergas sepanjang hari serta seronok menjalani ibadah puasa.

Kebaikan Mealshake ini..
- Rasa vanilla yang sedap.Anak -anak pasti menyukainya.
- Kaya dengan protein yang menyihatkan del
-Mengandung zinc dan b-complex yang membentuk sel darah merah yang sihat.
-Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral
-Tiada pewarna dan perisa tiruan


Kebaikan Vitalea For Children
Rasanya anggur yang sedap.Tidak mengandung pewarna dan perisa tiruan.

Berbagai keperluan vitamin yang diperlukan buat Tubuh anak kesayangan.

Bagi tempahan mealshake buat anak kesayangan dan Multivitamin Vitalea for Kids.Anda boleh whatsapp saya terus dilink dibawah
http://www.wasap.my/60172569166

Bagi anda yang berada disekitar Bandar Sri Sendayan,Seremban dan Port Dickson penghantaran ke rumah anda juga disediakan.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia juga disediakan buat anda yang berminat.

No comments:

Post a comment