Follow Us @soratemplates

Sunday, May 03, 2020

Resepi Kek Oren Yang Mudah Disediakan Mengikut Sukatan Cawan


Jom buat kek!!!

Dah lama sangat rasanya tak buat kek oren nie..Masa mula-mula belajar buat kek dulu..Kek oren ini lah diantara kek yang cuba untuk dihasilkan..

Pernah sekali tersalah ikut resepi..Tak menjadi kek nya..Takpe..Takpe itu semua pengalaman.
Biasalah..Kita bukannya terer sangat dalam membaking nie..Kek yang tak menjadi ini perkara biasa..

Hari nie nak kongsikan resepi kek oren yang saya cuba tempohari..Alhamdulillah..berkat ikut satu per satu step resepi tadi..

Berjaya hasilkan kek oren yang sedap lagi membuka selera gitew...

Dah tinggal separuh...laris kek mama hari nie..

Jom intai-intai resepi dibawah ya...

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan mentega -Saya guna majerin pelangi je
1 1/2 cawan gula castor
6 biji telur
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar perahan limau Sunkist 
1 sudu parutan kulit limau Sunkist
2 sudu besar Oren Sunquick
Pewarna Oren

Cara-caranya adalah...
1.Pukul mentaga + gula hingga kembang
2.Masukkan telur sedikit demi sedikit, putar dgn kelajuan tinggi
3.Masukkan tepung berselang seli dgn perahan jus+oren sunquick+baking powder+Pewarna oren+parutan kulit limau
4.Masukkan adunan ke dlm loyang yg disapu butter
5.Bakar 45 minit~ 1 jam dgn suhu  180 ~200 degrees.

Bila dah masak..Keluarkan daripada ovendan tunggu sampai sejuk.Baru boleh dipotong.Potong ikut kesukaan anda ya..

Taraaa....Selamat mencuba dan Selamat menjamu selera..

No comments:

Post a comment