Tips cantik dengan Tomato

BY icetanggo IN No comments


Seorang kenalan pernah bercerita kepada saya, sekiranya ingin memiliki kulit yang cantik. Katanya, rajin-rajinlah makan buah tomato.

Pada mulanya memang tak percaya. Persoalannya, ada apa dengan tomato?

Tanpa membuang masa, teruslah bertanya kepada Mr Google. Apa bagusnya tomato ini untuk kesihatan dan kecantikan. Baca punya baca.

Seriously, memang banyak khasiat tomato ini untuk kecantikan dan kesihatan. Khasiatnya meliputi seluruh kesihatan badan

Dari pembacaan saya, sebiji tomoto mampu membekalkan sebanyak 40% keperluan Vitamin C. Selain terdapat vitamin C, tomato juga mengandungi vitamin A yang sangat baik untuk sistem imun,kulit dan penglihatan. 

Agak-agak mata dah nak rabun tue, boleh ler kita makan tomato.

Dan di tidak lupakan juga. Didalam sebiji tomato terdapat juga vitamin K. Kompenan yang terdapat didalam tomato seperti Lycopene, Fenolik, Flavonoid,  dan Vitamin E mampu berfungsi sebagai agen anti oksida dan juga antikanser. 




Wahh.. banyaknya khasiat di dalam sebiji tomato. Tapi nak menikmati sebiji tomato mentah begitu saja. Mungkin tidak begitu menepati selera. Walaupun kurang menepati selera tapi pengambilannya masih perlu kerana badan kita memerlukan khasiatnya. 

Hanya ada satu cara mudah iaitu menjadikan Tomato sebagai jus yang enak dinikmati.  Untuk  mendapatkan rasa yang lebih enak lagi. Anda boleh campurkan jus tomato tadi bersama susu segar ataupun satu sudu madu. Dan ditambahkan pula dengan beberapa ketul ais. 


Sarapan pagi - Jus Tomato bersama madu & Bihun Goreng Singapore


Manakala, tips untuk mendapatkan kulit yang cantik pula. Tomato tadi boleh diblander, kemudian jadikannya ais kiub. Selepas itu, amalkan mengosok muka anda dengan ais kiub tomato dua atau tiga kali seminggu. Jika rajin mengamalkannya. Kulit muka pasti menjadi glowing dan kurang masalah kulit.

Selain itu, Tomato juga boleh dijadikan sebagai masker.

 Caranya dengan, lecekkan buah tomato yang masak ranum. Kemudian sapu dimuka dan biarkan selama 15-20minit. Kemudian cuci dengan air. Amalkan seminggu 2-3kali seminggu. Ianya dapat mengatasi kulit yang berjerawat dan berminyak. 

Dan bagi anda mengalami masalah pori-pori besar atau kulit berminyak pula boleh cuba masker tomoto bersama perahan lemon. Pasti hasilnya tidak mendukacitakan. 

Selamat mencuba dan menikmati khasiat tomato untuk kecantikan dan juga kesihatan.

Jumpa lagi dientry akan datang.





















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































0 Comments:

Post a Comment